Hari yang terlalu menghairahkan buat semua peminat teknologi seluruh dunia. Jika anda sanggup bersengkang mata untuk menantikan pengumuman terbaru daripada Microsoft, E3 dan Apple. Tahniah! Kita berkongsi minat yang sama.

microsoft-linkedin-blog-share

Microsoft berjaya mencuri tumpuan pada hari ini. Bukan sahaja kerana pengumuman Xbox One Slim dengan rekaan yang begitu sexy malah Microsoft secara rasminya berjaya mendapatkan Syarikat LinkedIn dengan harga $26.2 Billion USD secara tunai dengan harga satu share $196 USD.

PeningkatanĀ komuniti di LinkedIn yang semakin diterima sebagai pilihan pengguna tahun lepas dimana ia setanding dengan pertambahan pengguna syarikat tersebutĀ untuk 13 tahun pertama berjaya menarik minat Satya Nadella selaku CEO Microsoft. Peningkatan ini memperlihatkan LinkedIn kini mempunyai hampir 433 juta pengunjung manakala hampir 105 juta ‘unique monthly visitors’ bersedia untuk mendapatkan hampir 7 juta pekerjaan yang tersedia.

Dengan termeterainya pembelian Microsoft keatas LinkedIn ini bakal menjanjikan kerjasama diantara 2 syarikat ini untuk beberapa produk keluaran mereka seperti Microsoft Office 365 dan Dynamics. Berkongsi misi yang sama iaitu untuk memberi kemudahan yang lebih kepada pengguna, dijangka kedua-dua syarikat ini bakal berkembang dengan lebih lagi pada masa akan datang.

https://www.youtube.com/watch?v=-89PWn0QaaY

Sumber