Microsoft pada hari ini mengumumkan fungsi terbaru buat Xbox dimana fungsi ini membolehkan pengguna Xbox bermain secara ‘cross-network play’ bersama pengguna PS4 dan PC. Perkara ini merupakan salah satu fungsi yang dimmpikan buat gamer dimana mereka tidak lagi perlu risau untuk bersaing walaupun bermain dengan platform yang berbeza.

cWaqstg

Setakat ini hanya ada satu game sahaja yang menyokong fungsi ini iaitu Rocket League. Rocket League merupakan sebuah game dimana anda akan mengawal kereta kawalan jauh dan bermain secara berpasukan untuk menjaringkan gol seperti bola sepak. Kami yakin beberapa game yang lain yang akan turut menyokong untuk merealisasikan impian para gamer selepas ini.

Apa yang merisaukan kami adalah sejauh mana server-server syarikat gaming ini mampu menyokong fungsi ini dengan baik dimana tiada masalah lagging yang akan berlaku. Walaubagaimanapun saya tetap menantikan game seperti FIFA, PES dan Mortal Kombat untuk menyertakan fungsi ini didalam game mereka.

Sumber