Microsoft kemungkinan akan melancarkan Xbox One versi terbaru pada E3 ini pada bulan Jun, namun masih tidak terlalu lambat buat Microsoft mengambil langkah untuk bekerjasama dengan Stark Industries untuk menghasilkan Xbox One Special Edition ini.

Untitled12

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin dilihat sebagai gimik apabila Microsoft mengumumkan kerjasama bersama Stark Industries namun walaubagaimanapun Micrsoft berjaya menghasilkan sebuah Xbox One yang sangat cool dan awesome ini.

Jika sebelum ini Xbox One banyak menghasilkan Xbox yang diinspirasikan daripada Halo dan Call of Duty, kalini Xbox mengambil langkah untuk menggunakan warna tema putih sebagai Xbox Special Edition khas buat peminat Iron Man.

Untitled12

Rekaan yang moden dan hiasan lampu arc reactor di badan Xbox One buatkan kami juga tertarik untuk mendapatkannya. Bukan itu sahaja, kontroler Xbox One juga direka khas dengan lampu khas diinspirasikan daripada Iron Man.

Agak mengecewakan memandangkan Microsoft mengumumkan hanya akan keluarkan 3 unit Xbox One Special Edition ini dan tidak akan dibuka jualan untuk orang ramai.

Sebelum itu, sudahkah anda membaca review ringkas kami mengenai Captain America Civil War yang baru sahaja ditayangkan? Klik sini untuk baca.

Sumber