Netizen Indonesia kembali mendapat perhatian antarabangsa setelah kes serangan di ruangan komen ke atas pasangan gay di Thailand. Bukan hanya menghina, netizen Indonesia malah mengancam untuk membunuh pasangan gay terbabit. Akibatnya, pasangan terbabit membawa kes itu ke pengetahuan pihak berkuasa, dan netizen Indonesia yang mencaci beliau sebelum ini tidak dapat memasuki Thailand.

Serangan di laman Facebook pasangan gay Thailand adalah contoh terbaru dari banyak kejadian-kejadian aneh yang membawa nama netizen Indonesia buruk di peringkat antarabangsa. Malah mereka juga dilabel oleh Microsoft, sebagai netizen paling tidak sopan di Asia Tenggara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pasangan gay di Thailand yang menerima kecaman oleh netizen Indonesia menyatakan bahawa komen negatif yang diterima olehnya bersifat menghukum. Sebahagian besar netizen Indonesia menyebut perkahwinan mereka “dilarang oleh Tuhan” sehingga “akan membawa dunia ini kiamat”.

607513636f742
Kompas

Tidak berhenti di situ, netizen Indonesia dilaporkan telah menghina pasangan terbabit dengan kata-kata sial atau orang gila. Dia kemudiannya membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas terdapat ancaman bunuh terhadap suami, ibu bapa dan jurugambar perkahwinan mereka.

Selain daripada kejadian di atas, netizen Indonesia sebelum ini juga tular apabila bertindak menyerang akaun Instagram Badminton World Federation (BWF). Ini selepas pasukan Indonesia dipaksa mengundurkan diri dari pertandingan All England 2021 disebabkan salah seorang penumpang di dalam pesawat yang mereka naiki didapati positif COVID-19.

Tidak habis di sana, netizen Indonesia juga bertindak menyerang akaun Instagram Stephen Fry, yang mereka anggap salah seorang pengadil badminton untuk kejohanan All England, namun Stephen sebenarnya adalah salah seorang pelawak. Namun kecaman itu berhenti apabila mereka menyedari ia adalah salah faham dan netizen Indonesia kemudian meminta maaf kepada lelaki berusia 63 tahun itu di Instagram tersebut.

605dbbe9e3a4a
Malay Mail

Jauh sebelum itu lagi, seorang selebriti TikTok Filipina pernah diganggu oleh netizen Indonesia kerana berpenampilan terlalu cantik. Wanita yang bernama Reemar Martin yang terkenal di TikTok adalah antara mangsa buli netizen Indonesia.

Sebilangan hinaan yang diterima oleh Reemar dikatakan berasal dari netizen wanita Indonesia. Mereka dikatakan cemburu kerana teman lelaki mereka meletakkan Reemar sebagai salah seorang idola anak remaja kelahiran 1999. Wajah Reemar yang cantik juga dijadikan isu oleh netizen wanita Indonesia.

Puncak kepada masalah sehingga rakyat Indonesia dilabel sebagai netizen paling tidak sopan di Asia Tenggara adalah apabila mereka menyerang akaun Microsoft. Gelaran ini diberikan oleh Microsoft pada awal Mac 2021, dan buktinya adalah apabila Microsoft menerima nasib yang sama.

MICROSOFT NETIZEN-20210228142232
Detik

Di dalam satu kes, akaun Instagram Microsoft terpaksa menutup ruangan komen tanpa memberikan apa-apa alasan. Ia ditutup kerana bahagian komen telah dibanjiri dengan kata-kata makian dalam bahasa Indonesia. Difahamkan netizen Indonesia tidak berpuas hati dengan hasil kaji selidik Microsoft yang menyimpulkan bahawa netizen Indonesia adalah yang paling tidak sopan di Asia Tenggara.

Kejadian terbabit dilihat sebagai sangat negatif oleh para pemerhati di Indonesia. Ia hadir dengan pelbagai jenis komen dalam bahasa Indonesia yang mengandungi kutukan dan makian kepada Microsoft. Kompas pula menyatakan bahawa tindakan daripada netizen Indonesia ini seolah-olah mengiyakan label ‘tidak sopan’ yang diletakkan oleh Microsoft.

Isu penggunaan kalimah ‘Allah’ di Malaysia jadi buah mulut rakyat Indonesia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Isu Penggunaan Kalimah ‘Allah’ Di Malaysia Jadi Buah Mulut Rakyat Indonesia

Dakwa ‘Perisai Halimunan’ Kebal, Guru Ini Tewas Dengan Tumbukan YouTuber Indonesia

Selepas 28 Tahun, Bekas Atlet Bola Tampar Wanita Indonesia Disahkan Lelaki