Di dalam satu kajian yang dijalankan oleh Microsoft bagi melihat tahap kesopanan warganet di kalangan remaja dan orang dewasa di 22 negara. Syarikat teknologi terbesar itu mendapati bahawa sejak dunia dilanda COVID-19, tahap kesopanan warganet dalam talian telah merudum.

Kajian yang bertajuk Digital Civility Index (DCI) 2021 yang diterbitkan di laman web Microsoft dan dilaporkan oleh Market Screener mendapati hasil temubual dengan remaja dan orang dewasa yang berumur dari 13 sehingga 74 tahun dengan jumlah keseluruhan melibatkan 11,067 responden dari 22 negara. Malangnya Malaysia tidak termasuk dalam senarai tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tinjauan itu mendapati remaja dan orang dewasa di 18 negara mengatakan bahawa perlilaku kesopanan dalam talian bertambah buruk satu tahun selepas wabak pandemik global, dengan responden di Poland, Filipina, Itali, Jerman dan Hungary melaporkan sentimen negatif yang paling tinggi.

Kemudian, kira-kira 82 peratus responden dari 22 negara yang dikaji mengatakan bahawa kesopanan dalam talian lebih buruk sepanjang tahun ini berikutan wabak COVID-19. Hanya Colombia yang dilaporkan mengalami tahap positif dalam perilaku kesopanan dalam talian pada tahun lalu.

Screenshot 2021-07-27 at 12.15.57 PM

Sikap sopan dalam talian mula merudum apabila kebanyakan negara telah melaksanakan perintah duduk di rumah serta beberapa sekatan perjalanan.

Manakala secara menyeluruh, tahap kesopanan dalam talian mula menurun apabila sikap saling membantu dalam talian turun 56 peratus, berbanding tahun sebelumnya 67 peratus. Sikap kebersamaan dalam talian juga menurun dari 62 peratus tahun lalu menjadi 50 peratus.

Orang yang suka menyokong satu sama lain di dalam talian juga menurun dari 57 peratus menjadi 49 peratus. Mereka yang membantu dalam menghadapi krisis juga menurun dari 59 peratus menjadi 53 peratus tahun ini. Terakhir sekali, hubungan dengan rakan dan ahli keluarga juga mula menurun dari 58 peratus menjadi 56 peratus.

Selain itu, sebanyak 54 peratus responden yang mengaku pernah melihat atau mengalami serangan negatif di internet. Jumlahnya meningkat sedikit berbanding tahun lalu yang mencapai 53 peratus. 67 peratus responden pula memilih untuk melepaskan kekecewaan mereka dalam talian tahun ini. Dan kurangnya sikap toleransi di banyak negara melonjak dari 54 peratus tahun lalu kepada 59 peratus hari ini.

Untuk rekod, penyelidikan ini belum selesai sepenuhnya. Microsoft akan melancarkan penyelidikan yang lebih menyeluruh pada 8 Februari tahun hadapan. Kemungkinan besar warganet di Malaysia akan dimasukkan dalam tinjaun, seperti penyelidikan DCI 2020 yang dikeluarkan awal tahun ini.

Microsoft label rakyat Indonesia sebagai orang paling tidak sopan di Asia Tenggara, ini sebabnya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Microsoft Label Rakyat Indonesia Sebagai Orang Paling Tidak Sopan Di Asia Tenggara, Ini Sebabnya