Masih ingatkah kali terakhir anda menggunakan aplikasi Microsoft Paint? Mungkin sudah lama disebabkan lambakan aplikasi yang jauh lebih bagus daripada Microsoft Paint.

Jika dahulu mungkin agak releven untuk menggunakan Microsoft Paint bagi menghasilkan artwork yang simple atau mungkin digunakan sebagai ‘permainan’ ketika tiada jaringan Internet.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
paintwndwstatus
#throwback Microsoft Paint Windows 98

Microsoft baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka akan memberi nafas baru buat aplikasi yang boleh dianggap ‘legend‘ ini.

Pembaharuan baru yang bakal dibawa adalah fungsi 3 dimensi atau 3D pada software tersebut membolehkan pengguna menghasilkan lukisan atau lakaran dengan mudah. Dengan penggunaan touch screen secara meluas sudah pastinya software ini akan lebih touch-friendly. Nice!

https://www.youtube.com/watch?v=o6TfhWY6WoI

https://twitter.com/h0x0d/status/784539144647282688

Berdasarkan preview yang ditunjukkan kami merasakan fungsi terbaru daripada Microsoft ini sangat mudah digunakan. Kami tertarik dengan konsep Microsoft untuk mengekalkan simplicity pada software ini tanpa perlu bersaing dengan software-software yang lain.

Sumber