Beberapa bulan selepas melancarkan Microsoft Surface Keyboard, syarikat ini pada hari ini telah melancarkan sebuah lagi model papan kekunci terbaru yang dinamakan sebagai Microsoft Modern Keyboard.

Menariknya mengenai Microsoft Modern Keyboard ini selain daripada rekabentuknya yang tampak minimalis dan moden, Microsoft turut membawakan teknologi ‘Fingerprint ID’. Hanya perlu sahkan cap jari dan anda dapat terus log in data komputer dengan mudah.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=9&v=YDpGtDzAw4I

Kami lihat teknologi ini lebih sesuai digunakan pada komputer dimana bilangan penggunanya lebih ramai daripada seorang. Adakah teknologi ini bakal diperkembangkan lagi untuk dijadikan sebagai punchcard versi terbaru?