Kerajaan negeri Johor pada minggu ini telah mengumumkan syarikat teknologi gergasi, Microsoft sedang dalam proses dibangunkan di Kulai, Johor.

Menurut Menter Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, pembinaan pusat pengkala data ini secara tidak langsung dapat merancakkan sektor ekonomi serta meningkatkan peluang pekerjaan di negeri ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selain itu, adanya pusat pengkalan data di Johor bakal turut menarik peluang syarikat-syarikat rangkaian Microsoft untuk membuat pelaburan di sini.

jbrinsentif110320
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad. Sumber: The Star

Setakat ini pembinaan pusat pengkalan data Microsoft sudah mencapai 40 peratus. Pada masa yang sama, Datuk Hasni Mohammad memaklumkan Johor turut menerima pertanyaan daripada sebuah syarikat teknologi di Jepun yang juga berminat untuk hasilkan pusat data di negeri itu.

Diharap kehadiran pusat pengkalan data Microsoft di Kulai, Johor ini dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan serta pelaburan yang lebih besar buat negeri ini dalam usaha untuk Malaysia untuk menjadi pusat serantau teknologi.

Pada bulan lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan Microsoft, Amazon dan Google antara yang menunjukkan minat dalam membantu bidang IT Malaysia.

Microsoft, Amazon Dan Google Berminat Untuk Membantu Bidang IT Malaysia

Bill Gates Letak Jawatan Lembaga Pengarah Microsoft Untuk Fokus Dengan Kerja Kebajikan