Pastinya anda masih ingat akan Microsoft Solitaire iaitu permainan video daun terup yang cukup terkenal satu ketika dahulu. Kini, permainan video tersebut mendapat anugerah World Video Game Hall of Fame 2019 yang diberikan oleh Muzium Permainan Nasional daripada The Strong.

Tidak dapat dinafikan permainan ikonik ini memberi 1001 memori kepada anda ketika baru mula-mula berjinak dengan dunia teknologi. Malah, Microsoft Solitaire ini merupakan antara permainan yang terbina dalam sistem operasi Windows.

Daiichi First 7 Plus Car Seat – Copy
HYPE
Kerusi Kereta Bayi Daiichi Lengkap Dengan Ciri Keselamatan Terbaik Pilihan Ibu Bapa
Baca lagi →
MS:vckt

Sumber: CNN

Untuk pengetahuan anda, permainan ini telah mula diperkenalkan pada tahun 1990 di Windows 3.0 dan kini telah hadir dengan pelbagai versi dan corak permainan semenjak ia diperkenalkan.

Berikutan itu, 22 Mei adalah hari bersejarah untuk Microsoft Solitaire kerana ia merupakan hari dimana permainan tersebut diperkenalkan. Masih ada lagi antara anda yang bermain permainan ini?

Anda Mungkin Suka