Empat bulan selepas diumumkan akhirnya pengguna di Malaysia berpeluang mendapatkan Microsoft Surface Book 2 secara rasmi tidak lama lagi. Model yang dikeluarkan dengan spesifikasi yng tinggi ini juga dikatakan bakal menjadi pencabar utama Apple Macbook Pro.

Pada kali ini model terbaru Surface Book bakal mula ditawarkan dengan harga RM6,899.00. Bagi model dengan spesifikasi tertinggi yang disertakan dengan processor Intel Core i7-8650U, 16GB RAM, kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1060 6GB serta ruang storan 1TB SSD bakal dijual dengan harga RM 14,199.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

microsoft-surface-book-2-13-and-15-inch

Adakah berbaloi? Sekiranya anda merupakan penggemar produk rasmi Microsoft dan tidak kisah untuk berbelanja besar mendapatkan Microsoft Surface Book 2 mungkin antara yang boleh anda pertimbangkan.

Microsoft Book Surface Book 2 bakal mula ditawarkan secara rasmi buat para pembeli bermula 15 Mac ini. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan model lain yang ditawarkan oleh beberapa jenama lain seperti HP Spectre X360.

Sumber