Sejak mula teknologi artificial intelligence dibangunkan, pelbagai syarikat mula memberi perhatian terhadap teknologi yang dianggap sebagai teknologi masa depan ini.

Malah, antara syarikat yang giat melabur serta membangunkan teknologi ini terdiri daripada syarikat-syarikat besar dari China, Rusia dan Amerika Syarikat. Terbaru, Microsoft telah melabur sebanyak $1 bilion (~RM4.12 bilion) pada syarikat OpenAI.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melalui pelaburan yang dibuat, OpenAI dijangka akan menawarkan teknologi AI pada perkhidmatan cloud daripada Microsft iaitu Azure dalam menghasilkan Azure AI supercomputer.

openaimicrosoft
Sumber: MIT Technology Review

Mengulas mengenai pelaburan yang dibuat terhadap OpenAI, CEO Microsoft, Satya Nadella sangat optimis dengan teknologi AI untuk kegunaan masa hadapan serta berharap kerjasama bersama OpenAI mampu membawa teknologi yang terbaik pada Azure AI.

Untuk pengetahuan OpenAI mula menjadi popular selepas berjaya mengalahkan pemain Dota 2 profesional sama ada secara berseorangan mahupun secara berkumpulan.