Microsoft baru sahaja mengumumkan destop terbaru mereka semasa aturcara ‘Imagine What You’ll Do‘. Nama yang sangat unik dipilih untuk dijadikan nama aturcara. Antara yang penarik perhatian ramai mengenai aturcara ini adalah pelancaran Microsoft Surface Studio. Destop all-in-one tercanggih pernah Microsoft hasilkan.

surfacestudiota

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Melihat kepada spesifikasi, sememangnya Microsoft mahu menjadikan Microsoft Surface Studio sebagai sebuah destop yang high-spec dan futureprof. Apa yang saya maksudkan dengan futureproof adalah spesifikasi yang dapat digunakan dalam jangka masa 5-7 tahun lagi.

161027-surface-studio-microsoft-official-launch-2

Microsoft Surface Studio hadir dalam beberapa model. Penggunaan cip pemprosesan Intel Core i5 dan Intel Core i7 antara dipilih untuk digunakan pada Microsoft Surface Studio. Dari segi RAM, destop ini dilengkapi dengan 32 GB dan juga dilengkapi dengan grafik kad NVIDIA 2 GB. Buat pengguna yang mahukan kuasa pemprosesan visual tertinggi, Microsoft turut menyediakan option dengan penggunaan NVIDIA 980m 4 GB.

Jelas, Microsoft mahu menghasilkan destop buat mereka yang gemar melalukan kerja editing. Turut hadir adalah paparan 28-inci PixelSense yang dilabelkan sebagai ‘thineest display ever produced’.

hinge-0

Memandangkan Microsoft Surface Studio adalah all-in-one destop, pengguna diberi kebebasan untuk menentukan ketinggian destop berdasarkan kesesuaian. Atau boleh juga diletakkan rata untuk memudahkan kerja melukis berikutan Surface Studio ini hadir dengan fungsi touchscreen.

Dari segi harga, sememangnya Microsoft Surface Studio sangat mahal. Malah, untuk dibandingkan dengan iMac juga mungkin kurang releven. Mungkin iMac terbaru bakal memberi saingan. Microsoft Surface Studio bakal mula dijual dengan harga  berikut:

  • Intel Core i5, 8GB RAM, 1TB storage, 2GB GPU — USD2,999 (~RM12,461)
  • Intel Core i7, 16GB RAM, 1TB storage, 2GB GPU — USD3,499 (~RM14,540)
  • Intel Core i7, 32GB RAM, 2TB storage, GeForce 980M (4GB) — USD4,199 (~RM17,448)

Setakat ini Microsoft bercadang untuk menjual dengan keluaran yang terhad dan cuma memfokuskan kepada pasaran US. Penjualan yang di negara yang lain bakal bermula tidak lama sahaja lagi.

Adakah berbaloi berdasarkan spesifikasi serta rekabentuk ‘sleek and stylish’ yang ditampilkan? Mungkin berbaloi jika anda mengguna fungsi yang hadir bersama Microsoft Surface Studio sepenuhnya.

https://www.youtube.com/watch?v=BzMLA8YIgG0

Sumber