Saya masih ingat lagi sewaktu Xbox generasi pertama dilancarkan. Pelbagai reaksi yang diterima oleh peminat konsol seluruh dunia. Apa yang paling menarik perhatian sekali adalah luahan daripada peminat konsol daripada Jepun yang mengatakan konsol keluaran Microsoft Xbox terlalu besar sehinggakan tidak muat untuk diletakkan di ruangan kabinet rumah mereka.

Mungkin menjadi salah satu asbab, Microsoft selepas itu tidak lagi menghiraukan perminatan pengguna yang mahukan konsol Xbox yang lebih nipis disetiap generasi Xbox yang dikeluarkan. Pada tahun ini, Microsoft mengumumkan Xbox One S secara umum pada acara E3 yang berlangsung di Los Angeles.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen_Shot_2016-06-14_at_7 (1)

Menampilkan rekaan yang lebih nipis dan moden digandingkan pula dengan warna yang disahkan Microsoft sebagai ‘Robot White’ berjaya membuatkan Xbox One S dipilih sebagai antara konsol tercantik pernah kami lihat.

Xbox One S ini bakal menyertakan sokongan memainkan kandungan 4K Ultra HD, dan pada masa yang sama kini menyertakan sokongan IR Blaster. Controller bagi Xbox One S juga diubah di bahagian belakang bagi menyediakan grip yang baik buat pengguna.

X-Box Slim

Dari segi saiz, tak dinafikan Xbox One S hadir dengan saiz yang lebih nipis kira-kira 40% berbanding model Xbox One yang biasa. Apa yang lebih menarik, bekalan kuasa atau power supply juga disertakan sekali didalamnya dimana pengguna hanya perlu menghubungkan konsol terus kepada port.

Xbox One S bakal hadir dengan 3 saiz storan berbeza iaitu 500 GB, 1 TB dan 2 TB. Harga yang diumumkan Microsoft bagi Xbox One S boleh dikatakan mampu milik dimana harga bermula sekitar $299 iaitu sekitar RM1226 untuk storan 500 GB dan boleh didapati sekitar bulan Ogos.

X-Box Slim

X-Box Slim

X-Box Slim

X-Box Slim