Mike Tyson dirakam menumbuk seorang penumpang pesawat di lapangan terbang San Francisco pada hari Rabu, 20 April yang lalu. Penumbang yang tidak bernasib baik itu telah mengalami kecederaan di bahagian dahi.

Tyson dalam kenyataannya mendakwa bahawa dia telah diganggu oleh penumpang tersebut, yang tidak berhenti bercakap dan mula bertukar menjadi jengkel. Legenda tinju itu juga mendakwa penumpang tersebut telah membaling botol air ke arahnya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Malangnya, Encik Tyson mengalami insiden dalam penerbangan dengan penumpang yang agresif yang mula mengganggunya dan membaling botol air ke arahnya semasa dia berada di tempat duduknya,” kata wakil Tyson kepada Daily Mail melalui e-mel.

Memetik laporan TMZ, perbualan di antara Tyson dan mangsa bermula dengan baik. Mangsa dan rakannya dilaporkan bersalaman dengan legenda tinju berusia 55 tahun itu ketika mereka menaiki pesawat dan juga bergambar bersama.

Bagaimanapun, Tyson mula rasa diganggu dan jelek dengan mangsa yang digambarkan olehnya sebagai terlalu bersemangat dan tyson telah meminta mangsa untuk diam. Tyson yang muka berang kemudiannya berdiri dan melemparkan beberapa tumbukan ke muka dan dahi lelaki itu apabila lelaki itu terus bercakap.

“Hei, hei, hei, hei, hei Mike, hentikan,” kedengaran saksi dalam salah satu rakaman telefon bimbit yang dimuat naik TMZ. Satu lagi video menunjukkan lelaki itu dengan kesan darah di dahinya selepas pertukaran itu.

“Anak lelaki saya baru sahaja dipukul oleh Mike Tyson,” kata lelaki itu yang merakam video itu. “Ya, dia mengamuk. [Anak] saya cuma nak minta autograf. Saya tak tahu apa yang berlaku.”

Mangsa dilaporkan menerima rawatan perubatan dan menghubungi polis berhubung kejadian itu. Polis lapangan terbang San Francisco dan JetBlue belum bertindak balas terhadap kejadian itu.

Donnie Yen akui ‘takut mati’ ketika berlakon bersama Mike Tyson dalam IP Man 3. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Donnie Yen Akui ‘Takut Mati’ Ketika Berlakon Bersama Mike Tyson Dalam Ip Man 3

Mike Tyson Bakal Bangunkan ‘Kerajaan Ganja’, Ada Tyson Universiti Dan Hotel Mewah

Kereta BMW 750iL Tempat Tupac Shakur Mati Ditembak Dijual Dengan Harga RM7 Juta