Jenama kosmetik Milani secara tidak langsung terlibat dalam perbicaraan kes saman Johnny Depp terhadap bekas isterinya. Baru-baru ini, pihak Amber Heard mendakwa bahawa Amber ‘terpaksa’ membawa kit popular daripada Milani, ‘All In One Correcting Kit’ ke mana sahaja untuk menutup kesan ‘lebam’.

Peguam Amber, Ben Rottenborn turut menunjukkan kit tersebut di mahkamah dan berkata concealer dan color correcting ini digunakan untuk menutup kesan penderaan fizikal serta mental Amber ketika bersama Johnny Depp.

“Inilah apa yang beliau (Amber) gunakan. Anda akan mendengar testimoni daripada Amber tentang bagaimana beliau perlu campurkan beberapa tona warna ini untuk menutup lebam yang kelihatan,” kata Ben.

Milani Cosmetics kemudiannya merasa terpanggil untuk menjawab keterangan tersebut. Milani menerusi satu video di TikTok berkata produk yang ‘digunakan’ oleh Amber tersebut cuma dilancarkan di pasaran pada 2017; sedangkan Amber menuntut cerai daripada Johnny Depp pada tahun 2016.

@milanicosmetics

You asked us… let the record show that our Correcting Kit launched in 2017!👀 #milanicosmetics

♬ International Super Spy – dylan

“Anda tanya kami dan biar kami tunjuk rekod kami bahawa ‘All In One Correcting Kit’ ini dilancarkan pada 2017,” tulis penerangan pada video tersebut.

Video terbabit turut menulis beberapa fakta kes penting antaranya tuduhan Johnny memukul Amber bermula sejak tahun 2014 dan mereka bercerai pada tahun 2016; beberapa tahu sebelum kit tersebut dilancarkan kepada umum.

https://twitter.com/tori___g/status/1517351206217076736

Video berkenaan menerima reaksi positif daripada peminat setia Johnny Depp dan berkata informasi tersebut pastinya berguna untuk perbicaraan Johnny Depp nanti. Begitu juga ramai yang memuji Milani Cosmetics yang berani tampil untuk membetulkan fakta.

“Kami cuma mahu sediakan fakta yang sebenar untuk kes ini,” tulis Milani di ruangan komen. Kes ini sedang berlangsung di mana Johnny Depp bertindak untuk menyaman Amber sebanyak USD50 juta (~RM215.42 juta) untuk kenyataan dan tuduhan fitnah dalam satu temu bual dengan Washington Post pada 2018.

Kerana kes ini, Johnny Depp dilaporkan sudah tawar hati untuk terus terlibat dalam siri Pirates Of The Caribbean. Baca lagi pada pautan di bawah.

Johnny Depp Enggan Berlakon Pirates Of The Caribbean Lagi Walaupun Ditawarkan RM1.2 Bilion

Rakaman Audio Adalah Bukti Johnny Depp Jadi Mangsa Keganasan Amber Heard