Selepas pelancaran pada bulan Februari lalu, kereta berperisai MILDEF 4×4 High Mobility Armoured Vehicle (HMAV) berjaya melepasi ujian penilaian pusingan pertama. Kereta berperisai ini telah menjalani ujian 700km on-road dan 300 km off-road, serta melalui pelbagai jenis halangan.

Ujian tersebut dilakukan oleh pasukan dari Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan Tentera Darat Malaysia (STRIDE) serta MILDEF. Kereta berperisai HMAV pula dipandu sendiri oleh anggota tentera.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Created with RNI Films app. Preset ‘Kodachrome 50’s’
Sumber Gambar: Paultan.org
vocket-mildef-hmav-lepasi-ujian-pusingan-pertama-header
Sumber Gambar: Paultan.org

Antara ujian yang dilakukan ialah daya tahan pemanduan di lebuh raya, kecekapan bahan bakar, jumlah beban, winching, melalui kawasan cerun, pendakian, sistem brek dan ujian fording sedalam satu meter.

“MILDEF berpuas hati dengan prestasi HMAV semasa ujian pusingan pertama yang sangat penting ini. Sekarang kami merancang untuk melakukan ujian di beberapa lokasi lain.

“Bagi pihak syarikat, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pasukan uji nilai daripada STRIDE dan Tentera Darat Malaysia yang dapat turun padang,” kata Datuk Sri Mohd Nizam bin Kasa, Ketua Pegawai Eksekutif MILDEF.

vocket-mildef-hmav-lepasi-ujian-pusingan-pertama-3-1
Sumber Gambar: Paultan.org
vocket-mildef-hmav-lepasi-ujian-pusingan-pertama-4
Sumber Gambar: Paultan.org

Kereta berperisai HMAV berkos RM16 juta ini adalah produk Malaysia yang dibangunkan untuk pasaran pertahanan domestik dan antarabangsa. Ia direka untuk menahan peluru menusuk perisai 7.62mm dan periuk api, HMAV dibina mengikut standard ketenteraan Stanag 4569 Level 2.

Tambah Datuk Sri Mohd Nizam bin Kasa lagi, kesemua ujian dibuat sejak bulan Februari lalu dan kereta berperisai tersebut telah dipandu hampir seluruh Semenanjung Malaysia.

Setiap ujian yang dilakukan telah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Tentera Darat Malaysia sendiri yang mana ia setanding dengan ujian-ujian yang dibuat untuk kenderaan berperisai jenama dari luar negara.

Setelah melepasi ujian penilaian dengan cemerlang, MILDEF mahu buka sebuah ‘Defence City’ di kawasan Dengkil.

Berjaya Hasilkan Kereta Berperisai, MILDEF Mahu Bina ‘Defence City’ Di Dengkil

MILDEF Buktikan Syarikat Tempatan Mampu Hasilkan Kereta Berperisai Bertaraf Antarabangsa

Sumber