Baru-baru ini tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang wanita mencuri rantai leher seorang kanak-kanak di tapak Karnival Jom Heboh di Stadium Seksyen 13.

Taktik wanita tersebut terbongkar selepas video itu tular. Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata bahawa suspek wanita itu berjaya ditangkap di lokasi itu berdasarkan rakaman video terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@_cheykaa

Peringatan untuk saya & orang lain .. hati hati yang pakai gelang emas atau rantai emas .. sekarang kes macam ni dah banyak berlaku , saya kena dekat jom heboh shah alam .. anak buah saya pakai baju warna hitam , makcik belakang potong rantai terus hilang #kesragut #ragut #jomheboh #fyp #viral #shahalam #ipdshahalam #polisshahalam

♬ original sound – ♡ 〽️乇 𝓛 ♡ – 〽️乇 𝓛

Tambahnya, suspek yang miliki enam rekod lampau bersabit kes curi telah direman tiga hari sehingga Selasa untuk siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Kejadian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan ada netizen yang bersimpati dengan suspek wanita tersebut dimana dia mengatakan mungkin ada sebab mendorongnya melakukan hal itu.

https://www.tiktok.com/@nazri_nuha/video/7240755883595107586

Individu yang berasa kasihan itu pun mengatakan untuk berdoa yang baik-baik sahaja untuk suspek wanita itu tetapi kenyataan yang dikeluarkan individu tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya.

Segelintir netizen berasa hairan dengan sikap bersangka baik individu tersebut kerana suspek wanita itu sudah miliki enam rekod lampau berkaitan dengan kes curi.