Sebut mengenai swab test pasti ramai yang membayangkan proses di mana sebuah alat dimasukkan dalam mulut atau hidung dalam memperoleh cecair bagi mengesan wabak COVID-19 pada seseorang individu. Ujian pengesan COVID-19 ini nyata lebih ekstrem di China di mana terdapat sampel individu yang diambil daripada dubur.

Terbaharu, Thailand tampil dengan sebuah lagi kaedah dalam mengesan wabak COVID-19 dengan mengambil peluh pada ketiak individu yang disaring.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: CNA

Menurut CNA, saintis Thailand mendakwa peluh pada ketiak mampu mengesan wabak COVID-19 pada seseorang individu. Hal ini berikutan terdapat cecair istimewa yang terdapat pada individu yang disahkan positif COVID-19.

Menerusi kajian yang diperoleh, mereka sedang dalam usaha untuk menghasilkan dan menawarkan sebuah alat dalam memudahkan orang ramai mengesan wabak COVID-19 dengan hanya menerusi peluh ketiak sahaja. Difahamkan ketepatan sehingga 95% antara yang berjaya diperoleh menerusi penggunaan alat yang dihasilkan tersebut.

Sumber: CNA

Dilaporkan tujuan penghasilan alat ini adalah bagi memudahkan orang ramai yang kerap menjalankan ujian COVID-19 serta mereka yang berasa tidak selesa dengan ujian yang dilakukan menerusi hidung atau mulut.

Penawaran kit ujian dengan harga mampu milik ini sekaligus dapat membantu rakyat Thailand dan juga orang ramai seluruh dunia menerusi penggunaannya yang lebih pantas dan mudah.

Tular pada minggu ini apabila wanita yang mengajar ilmu penyusuan dengan penuh sopan ini ‘diserang’ netizen dengan komen berbaur lucah.

Ajar Ilmu Penyusuan Penuh Sopan, Wanita Ini ‘Diserang’ Netizen Dengan Komen Berbaur Lucah

‘Dari Jauh Je Berani Sotong’- Sharnaaz Sahut Cabaran Caprice Untuk Bersemuka