Sedang mencari jam tangan harian dengan warna yang minimalis tetapi bergaya? Ini mungkin untuk anda. Casio G-Shock baru sahaja melancarkan 3 warna baharu untuk model GA700 mereka. Palet warna yang dipilih diambil inspirasi dari warna uniform askar; olive green, tan dan dark grey.

Finishing jam ini yang matte dan bukannya glossy menambahkan lagi elemen military pada model ini. Pertama kali diperkenalkan pada 2016, model GA700 ini mempunyai fungsi G-Shock yang lain antaranya shock resistance dan 200M water resistance, waktu dunia (48 bandar + UTC), 4 daily alarms, 1/100th second stopwatch, 1/10th countdown timer, format 12/24hr, bateri yang dapat tahan selama 5 tahun, LED backlights dan casing 53.4mm.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

G-SHOCK-GA700-UTILITY-PACK–2

Harganya? Hanya USD99 (lebih kurang RM425) untuk sebuah jam yang handsome dan minimalis dengan fungsi yang hebat. Rasanya sangat berbaloi untuk dapatkan jam tangan ini. Ianya akan berada di pasaran bermula Ogos 2017 dan akan berada di butik G-Shock seluruh dunia dan shopcasio.com.

Kalau takut harga berganda di butik G-Shock, mungkin boleh minta rakan yang akan travel ke Jepun tolong belikan atau beli sahaja secara online. Kemudian padankan jam tangan anda ini dengan bomber jacket vintaj yang ada dalam almari anda. Confirm kacak. Selamat membeli!