Milo berasal dari Australia pada tahun 1934. Ia telah dibangunkan oleh Thomas Mayne bersama dengan pasukannya untuk mencipta sebuah jenama minuman yang boleh memberi impak kesihatan dan kehidupan secara total.

Nama Milo diambil dari Milo of Crotona yang mana beliau merupakan seorang atlet Olimpik Greek sebanyak enam kali.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekarang, lebih 80 tahun berada di pasaran, Milo tetap teguh sebagai minuman coklat sihat yang kekal relevan untuk seisi keluarga di hampir seluruh negara di dunia.

Jika diikutkan, Milo dikeluarkan selepas Ovaltine pada tahun 1904. Namun, sehingga kini jenama Milo lebih mudah didekati oleh orang ramai termasuk keluarga saya sendiri.

Ini yang telah dilakukan oleh pasukan pemasaran Milo di seluruh dunia:

1. Kekuatan Produk

Milo menggunakan produk ini untuk membuktikan mana-mana kanak-kanak yang meminumnya akan menjadi sihat. Malah, setiap satu produk yang dikeluarkan walaupun dalam packaging yang berbeza, ia masih dalam seleksi pilihan keluarga untuk diminum segera dan memberi kesihatan optimum.

Yang peliknya semua orang percaya dan produk ini berjaya.

Selain dari itu, Milo juga mempunyai rasa yang cukup unik. Malah, apabila kita rasa, kita sudah tahu itu merupakan produk Nestle yang ini. Berbeza dengan produk minuman coklat yang lain, kita akan mula meneka ia produk dari mana.

Produk ini punya daya tahan yang cukup lama di mana-mana rumah. Kau bayang, jika sebuah rumah itu punya 3 orang anak. Dan mereka ini berbeza umur tiga tahun setiap seorang. Jika seorang anak meminum Milo bermula dari umur 6 tahun, dan mula meminum Nescafe atau Teh apabila berumur 15 tahun, maka Milo akan berada di rumah tersebut sekurang-kurangnya 16 tahun.

Ok power. Yang kau jual karipap, habis terus 2 minit. Kahkahkah. Ok gurau ja, hihi.

Milo dinosaur via khkl
Milo dinosaur via khkl

Satu lagi kelebihan produk ini ialah ia mudah untuk disatukan dengan mana-mana produk Nestle yang lain. Sebut sahaja NesLo, atau waktu pagi emak kita meletakkan 2-3 sudu Nestum ke dalam Milo kita. Ia sepadan.

Kau pernah letak teh tarik dengan oat?

Oh ya, bukan itu sahaja. Produk ini juga boleh diminum panas, sejuk, dibuat biskut, kek roti serta apa pun jenis manisan. Ya tak perlu guna minyak masak.

2. Harga Sesuai (Price)

Produk ini boleh sahaja dibeli dengan beberapa jenis packaging.

Jika kau nak beli sikit, kau boleh beli. Jika kau memang mentekedarah, kau boleh beli tin terus. Milo bermain harga dengan bentuk-bentuk packaging yang sesuai dengan audien.

Jika kau nak tahu, pada tahun 1998, semasa mereka membuka jalan untuk menjual Milo di Pakistan, Milo hanya dijual dengan tin sahaja kerana faktor demografi di sana yang sukar untuk disimpan.

Hari ini, Milo masih dijual dalam tin, dalam bentuk sachet, ada juga dalam bentuk plastik dan bekas kaca.

Kau bayanglah, jika di sebuah rumah ada 10 orang anak, dan setiap seorangnya dari umur 5-6 tahun sudah diajar untuk meminum Milo pada waktu pagi, pastinya produk itu akan dibeli dengan banyak. Jadi, harga memain peranan yang cukup kuat dalam hal ini. Kalau terlalu mahal, memang tidak akan terjual.

Jadi cara yang terbaik, letak di rak pasaraya dengan harga mampu dan ia dipastikan dijual kepada setiap rumah dalam negara. Setiap rumah!

Dengan kata lain, mereka main volume dengan mengubahsuai harga kepada kemampuan orang ramai.

3. Pandai mengisi lompong kawasan (Place)

Jenama Milo sudah pun berada di seluruh dunia. Semua.

Sama ada negara maju atau tidak, ia tetap masuk dan dijual di mana-mana.

Orang kacak minum Milo via MT
Orang kacak minum Milo via MT

Jika kau nak tahu, semasa bermulanya Milo dibuat, ia ditubuhkan pada waktu gawat yang mana ramai kanak-kanak tidak punya nutrisi yang baik. Oleh yang demikian, Thomas mencipta serbuk minuman ini untuk disatukan dengan susu yang banyak supaya ia lebih suka diminum oleh kanak-kanak seluruh dunia.

Selepas beberapa tahun, akhirnya ia menjadi ‘viral’ di kalangan pemimpin negara untuk membawa masuk serbuk minuman ini bagi menambah nutrisi diet kanak-kanak.

Ternyata, Milo disukai oleh semua negara membangun pada waktu itu dan ia dijual dengan sangat baik di negara-negara tersebut termasuk Indonesia, India, Pakistan, Malaysia, dan banyak negara lain lagi. Lebih menarik lagi, setiap satu negara itu dibuat kajian dengan cukup rapi supaya mempunyai rasa yang sesuai dengan penduduknya.

Sebagai contoh, walaupun Malaysia dan Indonesia berjiran, Milo di Malaysia dikatakan lebih manis berbanding di Indonesia.

Hihi sebab itu abang-abang di sini manis orangnya.

4. Promosi tanpa henti

Stay Relevant.

Sehingga hari ini, produk ini masih mengisi ruang iklan di televisyen, radio, papan billboard dan mempunyai bajet tersendiri untuk memasarkan produk. Ini untuk memastikan kesemua seleksi produk Milo masih diingati dan disemat dalam kepala.

Milo juga berjaya menambat hari para atlet seluruh dunia untuk dijadikan bahan promosi sebagai duta, pengguna dan menggunakan tagline “Sihat dan Kuat” itu sebagai ayat paling berpengaruh dalam industri minuman sihat dunia.

Dikatakan, dengan meminum secawan Milo setiap hari, kita akan melengkapkan diri dengan vitamin C, zat besi dan juga kalsium yang diperlukan oleh badan kita setiap hari.

Lori Milo via PIBG SKLB
Lori Milo via PIBG SKLB

Kau orang pasti ingat bagaimana cikgu-cikgu kita membawa lori Milo ke sekolah kita dan memastikan setiap seorang dari kita semua dapat minum secawan minuman ini dan berikan kita kegembiraan abadi waktu itu. Terasa agong dan sungguh sihat walaupun aku semput lepas berlari nak minum juga.

Itu juga salah satu promosi yang amat berjaya di kalangan kanak-kanak yang mana mereka akan membuat strategi ‘word of mouth’ dari anak kepada ibu bapa.

Minuman ini bukan sahaja disukai oleh anak-anak, malah kepada semua peringkat umur. Pengasasnya, Encik Thomas Mayne meninggal dunia pada umur 93 tahun dan meminum Milo setiap malam tanpa pernah sekali pun tertinggal.

Penutup

Kawan-kawan,

Hari ini, Milo menjadi pengeluar minuman coklat sihat paling besar di dunia. Lebih dari itu ia menjadi satu-satunya produk yang dikatakan pasti ada di setiap rumah di seluruh dunia.

Milo boleh jadi contoh kepada kita semua yang mana pembinaan asalnya hanya untuk membantu memberi nutrisi kepada kanak-kanak pada zaman gawat. Hari ini, Milo tersusun rapi di rak kabinet rumah kita dan menjadi minuman kesukaan anak-anak.

Ia bukan sahaja menjadi produk yang bagus untuk tubuh badan. Ia juga membantu ibu bapa memberi kebaikan dalam bentuk minuman kepada anak-anak.

Hari ini, kita banyak buat produk untuk memenuhi permintaan dan kesukaan sendiri. Yang sebetulnya, produk tersebut perlu menjadi ‘bantuan’ dan ‘pertolongan’ kepada para pelanggan. Barulah ia dinamakan sebagai produk.

Kita menjual sebahagian daripada pertolongan. Kemudian, Tuhan balas dengan jualan yang berlipat-lipat ganda. Ingat kawan, siapa yang membantu, dia yang mendapat sentuhan torch light dari Tuhan. Kau bayanglah, Tuhan suluh kau dengan cahayanya kerana kau berjaya membuat produk yang membantu orang, sudah tentu kau akan dibantu sebantunya.

Produk = bantu orang.

Khairul Hakimin Muhammad
Minum Milo anda jadi sihat dan kacak.