Para pencandu ganja mula berkumpul untuk merayakan undang-undang baharu yang mengeluarkan ganja dari senarai dadah dan menjadikan Thailand sebagai negara Asia Tenggara pertama yang ‘menghalalkan’ ganja pada 2018 untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan.

Memetik laporan Coconut Bangkok, Rattapon “Guide” Sanrak, pengasas sebuah kumpulan bernama Highland yang bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai kebaikan ganja turut hadir bagi merayakan kebebasan yang tidak pernah dia jangkakan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Chayanit Itthipongmaetee / Coconuts
Chayanit Itthipongmaetee / Coconuts

“Ia adalah sesuatu yang besar, satu langkah besar – sesuatu yang kami tidak jangka akan berlaku secepat ini. Itulah sebabnya kami berkumpul di sini hari ini,” kata Guide.

Bagi Seksan “Sek” Auttasan, salah seorang pengguna ganja, beliau berkata telah berjuang hampir 10 tahun bagi memastikan bahawa tanaman ini sah digunakan di negaranya dan apabila kebenaran ini diluluskan, ia seolah ‘mimpi jadi kenyataan’.

Chayanit Itthipongmaetee / Coconuts
Chayanit Itthipongmaetee / Coconuts

Sebelum keputusan itu diumumkan, para pengguna ganja telah mengadakan kempen di kaki lima bagi membincangkan keperluan pengesahan penuh penggunaan ganja di Thailand, terutamanya untuk membantu meningkatkan ekonomi di negara tersebut.

“Amat rugi bahawa kami mempunyai begitu banyak potensi – orang yang mahir, dan ganja yang berkualiti tinggi – yang tidak dapat kami gunakan,” kata Guide. “Jika ganja disahkan sepenuhnya, Thailand akan bersinar sepenuhnya di pentas antarabangsa.”

Chayanit Itthipongmaetee / Coconuts
Chayanit Itthipongmaetee / Coconuts

Di bawah peraturan baharu itu, orang ramai boleh menanam ganja di rumah selepas mendapat kebenaran dari kerajaan tempatan, tetapi ganja tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial tanpa lesen lanjut, kata Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul kepada pemberita, lapor CNN.

Sementara itu, kementerian kesihatan minggu ini akan membentangkan draf rang undang-undang berasingan kepada parlimen yang memberikan butiran mengenai penggunaan ganja secara sah, termasuk pengeluaran dan penggunaan untuk tujuan komersial.

Walaupun sudah diumumkan, orang ramai bagaimanapun perlu menunggu sebelum peraturan baharu itu diterbitkan dalam Warta Diraja rasmi dan perlu menunggu selama 120 hari sebelum peraturan menanam ganja di rumah menjadi sah, lapor Reuters.

Untuk rekod, pada Disember tahun lalu, ganja telah dikeluarkan daripada senarai dadah merbahaya di bawah Undang-undang Narkotik Thailand untuk mempromosikannya sebagai tanaman.

PBB keluarkan ganja daripada senarai dadah merbahaya, kini dianggap sebagai tanaman ubat. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

PBB Keluarkan Ganja Daripada Senarai Dadah Merbahaya, Kini Dianggap Sebagai Tanaman Ubat

Thailand Promosikan Ganja Sebagai Tanaman Komersial, Jadi Sumber Ekonomi Petani

Pernah Dihina Sebagai ‘Penagih’, Lelaki Ini Jadi CEO Pada Usia 28 Tahun Hasil Menanam Ganja