Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Penyanyi rap terkenal atau pemengaruh media sosial terkenal, Caprice mendakwa dirinya dan isteri, Fara Inalis menerima rawatan daripada ustaz kerana terkena gangguan sihir.

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini, penyanyi berusia 34 tahun ini berkongsi di akaun Instagramnya menerima rawatan daripada pengamal perubatan tradisional Tok Singa dan Ustaz Shafiq.

Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli mengatakan Tok Singa itu datang dari Kedah untuk merawat dia dan isteri yang dipercayai terkena gangguan sihir.

Menerusi siaran langsung di Facebook daripada pengawal perubatan tersebut, beliau turut mendakwa melihat kelibat lelaki yang tidak dikenali di dalam rumahnya, manakala isterinya bermimpi perkara-perkara pelik termasuk mimpi ular hitam.

Sebelum ini, Caprice dan isteri juga pernah mendapatkan rawatan Islam mengenai isu yang menimpa mereka.

Bahagian kedua video siaran langsung tersebut menunjukkan Tok Singa dan Ustaz Shafiq memulakan rawatan dengan membaca ayat-ayat al-Quran untuk melihat jika ada gangguan sihir yang mengganggu mereka.

Fara Inalis, isteri Caprice, kelihatan terketar-ketar dan menangis ketika Ruqyah dibacakan. Semasa Tok Singa sedang merawat, dia terdengar bunyi tapak kaki di dalam rumah.

Bukan itu sahaja, Tok Singa menyatakan bahawa isteri Caprice mengalami gangguan rahim yang menyukarkan dia untuk hamil dan menyebabkan dia mengalami masalah senggugut semasa haid.

Selain itu, Caprice dan isteri juga dinasihatkan untuk membuang patung-patung yang berada di dalam rumah kerana itu antara faktor jin dan sihir mudah untuk masuk menyerang mereka.