Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Umum mengetahui, pemakaian pelitup muka di tempat awam adalah diwajibkan walaupun anda sudah lengkap terima dua dos vaksin.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @DFEfiercefun telah berkongsi sebuah video menunjukkan seorang wanita bukan warganegara bertekak dengan seorang pekerja sebuah butik mewah di KLCC.

Menerusi video tersebut, wanita berbangsa asing itu berang selepas tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai pelitup muka untuk pulangkan beg dibelinya yang dikatakan terdapat ‘defect’.

Malah, wanita itu juga menuduh mereka yang memakai pelitup muka merupakan komunis dan meminta keistimewaan sebagai individu berkulit putih diberikan kepadanya.

Tindakan tegas pekerja butik itu yang tidak membenarkan wanita terbabit memasuki premis dipuji ramai.

Malah, para netizen juga mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita tersebut yang jelas melanggar SOP.

Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa berang kerana individu terbabit tidak mahu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Peraturan pemakaian pelitup muka telah diwajibkan oleh kerajaan sejak awal pandemik dan perlu dipatuhi oleh setiap individu yang berada di Malaysia.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Peminat Minta Buat Konten ‘Prank’, Pendirian Tegas Mr Kokom Buat Netizen Kagum

Anak Perempuan Bekas Presiden Indonesia Tukar Agama Dari Islam Ke Hindu

Akui Lebih ‘Bebas’ Di Australia, Kisah Sajat Raih Liputan The New York Times

Anda Mungkin Suka