Yang sering dibicarakan oleh para traveller adalah mengejar Aurora Borealis atau dikenali juga sebagai Cahaya Utara (The Northern Lights).

Hakikatnya ada satu lagi cahaya menarik yang juga sewajarnya diberi perhatian iaitu Aurora Australis, dikenali sebagai Cahaya Selatan (The Southern Lights).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malahan jika dilihat kepada warna-warna yang dihasilkan oleh Aurora Australis, ternyata lebih berwarna-warni dan meriah.

Kali ini saya ingin kenalkan anda dengan seorang rakyat Malaysia yang telah berjaya mengejar dan merakam lebih daripada seribu gambar Aurora Australis sewaktu beliau belajar di Australia.

aurora-australis-12
Lebih daripada seribu gambar Aurora Australis telah berjaya dirakam oleh Zul

aurora-australis-19

Dikenali di alam virtual / digital dengan id Faceboook igcreativeimage dan kreatif.imej,  Zulkefli Mohd Yusop yang merupakan seorang pensyarah kanan di sebuah universiti awam tempatan telah menjadikan aktiviti mengejar Aurora Australis dan fotografi sebagai aktviti bersama isteri.

Ini turut didorong dengan minat beliau terhadap astro fotografi. Minat ini telah beliau mulakan pada tahun 2012.

Pengalaman mengejar aurora ini bermula apabila saya berhijrah dan menetap di sebuah bandar kedua terbesar di selatan negeri Victoria iaitu Geelong lebih kurang 75km dari bandaraya Melbourne kerana menyambung pengajian saya selama 4 tahun di sana.

Menurut Zul pemandangan langit malam di hemisfera selatan amat cantik dengan bintang-bintang, buruj-buruj dan juga hamparan Bima Sakti (Milky Way) yang menghiasi langit bermula pada awal musim luruh (Mac – Mei), musim sejuk (Jun-Ogos) sehinggalah berakhir musim bunga (Sep–Nov).

Kedudukan rumah beliau yang hampir dengan pekan kecil yang bernama Ceres dan Moriac serta kawasan padang rumput dan ternak yang luas di sekelilingnya telah menyediakan pemandangan ufuk (horizon) sehingga ke Lautan Selatan (Southern Ocean).

aurora-australis-16
Thirteenth Beach — at Thirteenth Beach – Barwon.

aurora-australis-13

aurora-australis

Ini memberi peluang kepada beliau dan isteri untuk membuat pemerhatian langit di waktu malam dari masa ke semasa.

Walaubagaimanapun aktiviti pemerhatian ini bergantung pada keadaan cuaca. Keadaan cuaca di kawasan ini amat tidak menentu. Kadang-kadang suhu boleh turun sehingga 0⁰C pada musim sejuk serta tiupan angin yang berkelajuan hampir 60km/s pada musim bunga.

Suhu juga boleh mencecah sehingga 45⁰C pada musim panas yang kering. Oleh sebab itulah laporan keadaan cuaca amat penting bagi para pengejar aurora dan juga para fotografer di sini, ujar Zul.

Ditanya berapa kerap beliau dan isteri melakukan aktiviti mengejar cahaya selatan ini, menurut Zul ia dilakukan pada waktu lapang setelah selesai kerja-kerja penyelidikan beliau, serta di hujung minggu jika terdapat ramalan aktiviti aurora.

Ujar Zul lagi ramalan tentang aktiviti aurora ini disediakan oleh pihak National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) dan SpaceWeatherLive.com yang menyediakan maklumat terkini tentang keadaan aktiviti solar dan juga kajian berkenaan aurora. Namun begitu faktor cuaca turut menjadi faktor utama untuk aktiviti ini dilaksanakan.

Selain daripada mengejar Aurora Australis di sekitar kediaman beliau, Zul juga rupanya turut mengembara ke lokasi lain semata-mata untuk aktiviti ini.

Minat dan perasaan ingin tahu yang mendalam terhadap Aurora Australis telah membawa saya mengembara ke Pulau Tasmania dan juga Pulau Selatan New Zealand.

Di sana saya berpeluang melihat Aurora dengan lebih jelas kerana kedudukan Pulau Tasmania lebih ke selatan dan tiada lagi apa-apa daratan yang menghalang pandangan sehingga ke benua Antartika.

Zul turut berkongsi beberapa lokasi popular yang telah beliau lawati dan berpotensi tinggi untuk melihat Aurora Australis di sekitar Pulau Tasmania iaitu di South Bruny, Bruny Island, Kingstons Beach, Howden, Tinderbox, South Arm dan Blackmans Bay.

Lokasi di sebelah utara Pulau Tasmania pula adalah di Evandale dan Nile Road.

Bagi New Zealand pula, kedudukan Pulau Selatan (South Island) yang terletak lebih ke bawah dari Pulau Tasmania yang juga memberikan pandangan yang terus sehingga ke benua Antartika turut mempunyai kelebihan untuk melihat Australis.

Bluff, sebuah bandar kecil yang terletak paling selatan di Pulau Selatan merupakan tempat yang popular untuk melihat fenomena aurora. Jika mempunyai masa dan bajet yang lebih anda boleh juga ke Stewart Island.

Di samping itu, bandar Dunedin juga mempunyai kawasan yang berpotensi untuk melihat fenomena aurora. Kawasan sekitar Bandar Queenstown seperti Lake Wakatipu juga lokasi yang baik untuk melihat aurora.

Jika anda mengembara sehingga ke Lake Tekapo, Mt. John adalah tempat yang paling baik untuk melihat aurora di mana terdapat Mt. John University Observatory untuk mencerap langit.

Kawasan tersebut amat gelap dan pencemaran cahaya (light pollution) amat minima.

Walaubagaimanapun secara umumnya saya boleh katakan di mana-mana kita berada di Pulau Selatan dan memandang ke arah selatan, peluang dapat melihat aurora adalah tinggi jika cuaca mengizinkan.

aurora-australis-17
Sometimes the moon light causes the aurora looked smooth and soft tone

aurora-australis-8  aurora-australis-11

Menurut Zul musuh utama yang menghalang kita dari melihat aurora adalah kehadiran awan yang tebal, cahaya bulan yang akan mengaburkan cahaya aurora dan juga cahaya lampu dari bandar dan jalanraya.

Oleh itu carilah lokasi yang menghadap arah selatan yang tidak ada bandar di hadapannya.

Ditanya apakah perbezaan antara Aurora Australis berbanding Aurora Borealis, ini jawapan Zul.

“Ramai yang mengatakan Aurora Borealis lebih cantik dari Aurora Australis dan sebaliknya. Ada juga mengatakan Aurora Borealis lebih banyak warna hijau dan Aurora Australis lebih banyak warna merah.

Kecantikan aurora bergantung bagaimana cara kita memandangnya dan pada kedudukan lokasi pemerhati dengan kutub.

Jika kita berada di Norway, Sweden, Finland, Iceland dan negara-negara di sekitarnya kedudukan kita dengan aurora lebih dekat dan aurora berada di atas atmosfera bumi kira kira 80 km ke atas.

Jadi kita perlu mendongak ke atas untuk melihat aurora dan akan nampak warna hijau lebih banyak dari warna merah. Ini adalah kerana warna merah terletak tinggi di atas yang sukar dilihat jika terlalu hampir dengan aurora.

Berbeza pula dengan Aurora Australis, daratan yang paling hampir dengan kutub seperti Pulau Tasmania dan Pulau Selatan New Zealand yang terletak beribu-ribu km jauhnya dari kutub selatan menyebabkan pandangan aurora nampak dari sisi dan bukannya mendongak ke arah 45⁰ ke atas.”

Tetapi jika kita berada di benua Antartika bentuk dan rupa aurora adalah sama sahaja.

Namun begitu ujar Zul lagi, apa yang paling menarik tentang cahaya Australis adalah ia boleh dilihat sepanjang tahun berbanding dengan Aurora Borealis yang tidak boleh dilihat ketika musim panas.

Ini disebabkan pada musim panas tempoh waktu siang menjadi sangat panjang dan walaupun terdapat aurora ia tidak dapat dilihat kerana waktu malam pendek dan cahaya matahari yang cerah.

Baca: 15 Tip Mengejar Aurora Australis Daripada Saya

aurora-australis-5
Eastern Beach Geelong
aurora-australis-6
Pollocksford
aurora-australis-7
Ceres
aurora-australis-24
Gibson Steps

Selain daripada mengejar Aurora Australis,  Zul juga gemar mengambil gambar pemandangan.

Malahan menurut Zul genre fotografi beliau lebih kepada fotografi landskap, dan alam semulajadi.

Menetap di Australia memberikan saya peluang untuk mendalami teknik-teknik fotografi kerana terdapat pelbagai landskap dan alam semulajadi yang cantik untuk dirakam.

Di samping itu juga saya baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti mencerap bintang dan “deep sky objects” untuk menambah lagi ilmu pengetahuan mengenai alam semesta ini – Zul.

Sudah sekian lama Zul mengejar Aurora Australis. Adakah beliau tidak bercita-cita untuk mengejar Borealis pula?

Balas Zul memang beliau ada perancangan untuk menjejaki Aurora Borealis tetapi sebelum itu persiapan rapi perlu beliau lakukan bagi mendapatkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan shot yang terbaik.

Ujar Zul lagi, memandangkan sekarang matahari berada dalam tahap solar minimum, analisa dan ramalan perlu dilakukan dengan lebih terperinci untuk mengelakkan beliau balik dalam keadaan berputih mata kerana tidak dapat melihat fenomena Aurora Borealis ketika berada di sana nanti.

Memang saya ada perancangan untuk meneroka Iceland dan juga negara-nerara Scandinavia.

aurora-australis-14
Panoramic view of Milky Way at Dog Rocks
aurora-australis-4
Capturing lightning at Ceres

Sebelum mengakhiri artikel ini saya ingin berkongsi pesanan berikut daripada Zul buat anda yang berminat untuk mengejar Aurora Australis dan fotografi.

“Pesanan saya kepada yang ingin mengejar dan merakam Aurora Australis, jika anda berhajat untuk mendapatkan gambar yang cantik dan anda berpuas hati, anda perlu belajar dahulu teknik-teknik mengambil gambar pada waktu malam.

Mengambil gambar langit pada waktu malam sangat berbeza dari segi peralatan dan settingnya. Belajar dan praktis dahulu teknik mengambil gambar Milky Way sebelum pergi mengejar aurora kerana teknik-tekniknya tidak jauh berbeza” – Zul.

aurora-australis-15
Rakama Aurora Zul pernah mendapat highlight di Victorian Storm Chasers pada 18 Mach 2015

Zul juga kini sedang merancang untuk menawarkan tour fotografi buat mereka yang ingin mengejar Aurora Australis. Menetap selama 4 tahun di Australia membolehkan beliau meneroka dan mengenalpasti lokasi-lokasi terbaik untuk mengejar cahaya ini.

Kira Geelong tu dah macam balik kampung la. Every year mesti balik sana. Dan saya bercadang untuk buat tour cara backpacking untuk kejar Australis. Touring, backpacking and camping, fun enough right? – Zul.

Malahan sewaktu tour berlangsung Zul akan turut mengajar dan berkongsi tips dengan anda cara-cara mengambil timelapse Aurora Australis dan milky way.

Anda boleh hubungi beliau di akaun Facebook Zul Kefli Igcreativeimage  atau email  [email protected] untuk pertanyaan dan info lanjut.

Untuk lihat lebih banyak gambar menarik  yang telah dirakam oleh Zul anda boleh berkunjung ke Instagram igcreativeimage dan di website 500px.com/igcreativeimage.

Tonton: Video Menarik Rakaman Aurora Australis Oleh Zul Di Australia