Setiap kali ke IKEA, saya tertarik dengan ruang pameran di situ. Cantik walaupun ruangannya kecil. Perabot yang disusun atur kena dengan pencahayaan dan dekorasi sampingan. Bayangkan jika rumah dihias sebegitu, pasti menarik.

Ya, ia memang menarik. Lihat gambar-gambar di bawah ini. Ia dihias oleh seorang peminat IKEA di mana 80% perabot dan dekorasi rumahnya berasal daripada syarikat tersebut.

a-woman-watching-tv
HYPE
Ini Kelebihan Unifi Plus Box Yang Murah Dan Berbaloi Buat Anda Sekeluarga
Baca lagi →

“Walaupun rumah tak besar tapi kami puas hati apabila boleh deko-deko (hias) dengan idea sendiri guna barang-barang IKEA kali ini,” catatan Fendi Isa di FB Group dekorasi IKEA.

Menurutnya, mereka baru pindah ke rumah sendiri dan dalam tempoh sebulan setelah dapat kunci rumah, mereka menghias betul-betul bahagian ruang tamu, ruang makan, bilik tidur utama dan bilik tidur anak.

Anda Mungkin Suka