Acara kemuncak Minggu Digital Malaysia 2022 yang dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) kini sudah menutup tirai. Majlis ini  mahu memperkasakan lagi sektor ekonomi digital  dan berjaya menarik sejumlah syarikat dan juga pengamal media

Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Sri Panglima TPr Annuar Haji Musa juga telah melancarkan Ikrar Tindakan Iklim Malaysia Digital iaitu ikrar korporat yang bertujuan membina kapasiti dan meningkatkan adaptasi yang mampan dan mengambil tindakan iklim oleh perniagaan dlam seluruh ekosistem ekonomi digital.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: The Vocket

MDCAP dibangunkan oleh MDEC dengan kerjasama UN Global Compact Network Malaysia – Brunei (UNGCYMB). Kohort pertama yang menanda tangan MDCAP terdiri daripada 28 buah perniagaan dari sektor ekonomi digital.

Dengan penandatangan ini, mereka bakal menerima akses sumber termasuk buku panduan dan kit peralatan karbon bagi memudahkan perangkaan dan pelaksanaan pelan tindakan iklim yang tepat.

Sumber Gambar: The Vocket

K-KOMM mengatakan ekonomi digital Malaysia mencapai 22.6% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun lalu dan dijangka berkembang melebihi sasaran awal sebanyak 22.5 % menjelang tahun 2025. Ini menjadikan ekonomi digital sebagai pemangkin utama peralihan negara kepada amalan ekonomi yang lebih mampan.

Ikrar ini sejajar dengan komitmen Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara bebas karbon menjelang tahun 2050. Berdasarkan Rancangan Malaysia Kedua Belas, Kerajaan menyasarkan pengurangan sebanyak 45% dalam pelepasan gas rumah hijau menjelang 2030 dan mencapai 31% campuran tenaga boleh diperbaharui pada 2025.

Sumber