Minggu KaryaOne 22 ialah sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh Fakulti Filem, Teater & Animasi (FiTA), bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), Universiti Teknologi MARA (UiTM) atas inisiatif Dekan FiTA YBhg. Dato’ Profesor. Dr A.Razak Hj. Mohaiden.

Sumber: Facebook Karyaone

Minggu KaryaOne 22 kali ini bakal berlangsung pada 4 hingga 7 Disember 2019 dengan mengadakan 14 acara menarik daripada Pusat Pengajian Filem, Pusat Pengajian Penulisan Kreatif, Pusat Pengajian Teater, Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Pusat Pengajian Animasi.

Antara program menarik yang akan diadakan ialah Malam Promosi Filem, Teguh Rasa, Animation Kingdom, Wilayah Aksara dan banyak lagi acara yang akan mengambil tempat sepanjang 4 hari program diadakan dengan menampilkan kelainan setiap satu daripadanya.

Sumber: Facebook Karyaone

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengangkat karya dan bakat para pelajar dari sebuah penilaian dalam kelas ke sebuah pentas yang gilang-gemilang. Ia dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar FiTA serta dipantau oleh para pensyarah bagi setiap acara. Selain itu, tokoh industri, personaliti popular dan artis terkemuka juga turut dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara sepanjang Minggu KaryaOne 22 berlangsung.

Penutup kepada Minggu KaryaOne 22 diakhiri dengan sebuah acara kemuncak yang dinantikan oleh semua terutamanya para pelajar FiTA, iaitu Malam Gala Karyaone 22 pada 7 Disember 2019 di dewan yang sama. Acara ini bakal memperlihatkan 33 anugerah utama dipertandingkan berdasarkan karya-karya kreatif pelajar yang telah dihantar.

Acara ini juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan VIP, artis, selebriti dan pemain-pemain industri tanahair. Turut hadir ke acara ini ialah Menteri Pendidikan sendiri iaitu Yb. Dr. Maszlee Malik.

Minggu KaryaOne 22 pada tahun ini bertemakan “Digitalizing Arts Ignite Your Creativity” dalam meraikan hasil karya pelajar serta memberi galakan kepada mereka untuk terus menghasilkan karya-karya kreatif di masa hadapan.

Tema ini juga membawa kelainan di mana produk-produk atau karya pelajar perfileman, penulisan, animasi dan pengurusan industri kreatif dipamerkan melaui medium media digital. Hal ini seiring dengan perkembangan dunia serba teknologi serta memenuhi  keperluan pengajaran  dan pembelajaran di era digital.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan acara yang bakal berlangsung ini, anda boleh ikuti laman media sosial Karyaone 22 di Instagram dan Facebook.

Minggu Karyaone 22 ini dibuka kepada orang ramai untuk turut sama hadir bagi memeriahkan lagi acara ini.

Terdahulu, UiTM merangkul gelaran juara Pertandingan Koir Antarabangsa Copernicus di Poland. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

UiTM Bawa Pulang Gelaran Juara Pertandingan Koir Antarabangsa Copernicus Di Poland

UiTM Berjaya Jalin Kerjasama Dengan Al-Jazeera

Vivy Yusof Sah Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UiTM