Minggu Karyaone sekali lagi berjaya dilaksanakan buat kali yang ke 22 dengan satu penutupan yang begitu menarik dengan mengangkat tema Digitalizing Arts, Ignite Your Creativity’ menampilkan pelbagai acara didalam satu ruang lingkup pada waktu yang sama bagi meraikan kreativiti para pelajar tempatan.

Angka 22 tahun ini selaras dengan 22 tahun penubuhan Fakulti Filem, Teater dan Animasi sejak tahun 1998 lagi dan ia merupakan satu inisiatif pihak fakulti bagi meraikan karya-karya pelajar yang diadakan setahun sekali sahaja bagi mendidik para pelajar FiTA untuk terus membina personaliti kepimpinan dan kemahiran yang tinggi seiring dengan peradaban semasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Facebook Karyaone 22

Minggu Karyaone 22 ini telah pun berlangsung pada 4 Disember sehingga 7 Disember 2019 di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) dengan menampilkan 19 acara dari pusat pengajian masing-masing.

Antara acara yang dipamerkan pada Minggu Karyaone 22 ialah seperti Majlis Amanat dan Anugerah Dekan, Pameran Kueh 2.0, Wacana Seni, Malam Promosi Filem: M4M4,  FiTA Cosplayer: Creative Costume Player, Clash of Talents 2, Teater Monolog: Magang Lakon, Teguh Rasa, Fita Karyaone Awards dan bermacam lagi acara yang ada.

Acara yang dibuat gilang gemilang ini merupakan satu acara yang membuka mata para hadirin terutamanya netizen yang dapat melihat sendiri keunikan dan kesungguhan pelajar dalam menjayakan acara tahunan ini.

Apa yang menarik pada pandangan mata Vocket Team adalah Teater Monolog: Magang Lakon yang dipersembahkan oleh saudara Sadiq M. Jamil yang merupakan pelajar dari jurusan Teater Semester 6 yang berjaya memecahkan rekod dalam Malaysian Book Of Records dengan bermonolog solo 7 jam 58 minit tanpa henti.

Sumber: Instgram Karyaone 22

Tidak lupa, malam persembahan Teguh Rasa turut dihadiri dan diserikan lagi oleh  isteri Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Siti Hasmah bersama tetamu kehormat dipertontonkan dengan persembahan pelbagai tarian tradisional dan moden lima negara iaitu Malaysia, China, Mongolia, India dan Indonesia oleh pelajar FiTA bersama Sekolah Seni Kuala Lumpur.

Sumber: Bernama

Program ‘Malam Teguh Rasa’ dengan tema rentak tari merentasi dunia, adalah majlis yang dianjurkan untuk melatih pelajar terbabit menguruskan sesebuah acara dan akan dinilai oleh pensyarah.

Tambahan juga, acara kemuncak persembahan kreatif yang paling dinantikan iaitu Fita Karyone Awards yang mengetengahkan sebanyak 33 anugerah yang dilangsungkan dalam satu malam.

Acara ini turut dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Mahmood Bin Kassim, Setiausaha Politik Menteri Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Yang Berbahagia Profesor Emiterus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara, dan tunjang utama Minggu Karyone 22 iaitu Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi (FITA), Dato Profesor Dr. Abdul Razak Hj Mohaideen dan diturut dihadiri barisan-barisan orang kenamaan yang lain.

Sumber: Instagram Karyaone 22

Menariknya, Minggu Karyaone 22 ini turut menganugerahkan Tokoh Pengiat Industri Dan Tokoh Seni dan Budaya Fita, UiTM  kepada dua insan yang tersohor iaitu YBhg. Dato’ Dr Norman Abdul Halim dan YBhg. Datuk Dr. Faridah Merican. Anugerah ini diberikan kepada kedua-dua insan tersohor ini kerana atas sumbangan meraka yang sudah lama berjasa dan berkecimpung dalam industri seni kreatif di Malaysia.

Sumber: Instagram Karyaone 22

Akhir sekali,  FiTA Wave Short Film Awards bakal kembali pada tahun 2020 dengan anjuran buat kali keduanya dengan sambutan hangat yang dianjurkan oleh Fakulti FiTA, bersama kerjasama Yayasan Pendidikan Tinggi (JPT), Yayasan Hasanah dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, FINAS.

Ini merupakan suatu perkara yang membanggakan kerana acara ini dapat mengentengahkan bakat-bakat muda dalam industri seni kreatif selari dengan menghasilkan generasi muda yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing.

Apa yang boleh diperkatakan adalah Minggu Karyone 22 ini merupakan satu platform kreativiti dan pencapaian tertinggi dari semua pihak dalam menjayakan acara ini sejajar dengan harapan untuk membina tamadun bangsa yang berjaya dalam memartabatkan bidang industri seni kreatif di negara seiring dengan visi dan misi yang ditetapkan.

Untuk melihat rangkuman penuh acara yang berlangsung sepanjang Minggu Karyaone 22 ini, anda boleh lihat di laman rasmi Facebook, Instagram dan YouTube Karyaone 22.

Semalam, seorang pelajar UiTM berjaya mencipta sejarah dunia apabila berjaya mendapat markah penuh dalam ujian perakaunan dunia. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Pelajar UiTM Ini Berjaya Cipta Sejarah, Skor Markah Penuh Dalam Ujian Perakaunan Dunia

Minggu Karyaone 22 Anjuran FiTA UiTM Bakal Berlangsung 4 Hingga 7 Disember Ini

UiTM Bawa Pulang Gelaran Juara Pertandingan Koir Antarabangsa Copernicus Di Poland