Sempena New York International Auto Show yang akan berlangsung pada 30 Mac ini, BMW membuat kejutan apabila akan memperlihatkan model klasik untuk jenama MINI yang diberikan teknologi serba baharu.

Jika dilihat pada bahagian luaran, ianya tidak ubah seperti kereta klasik MINI tetapi menarik tentang MINI ini adalah ianya adalah kenderaan konsep untuk model Electric jenama ini.

Ianya adalah salah satu usaha BMW untuk memperkenalkan kereta kecil yang tidak akan mencemarkan alam sekitar di samping mahu mengekalkan rekaan klasik yang terkenal untuk jenama MINI.

Malangnya model ini hanyalah sekadar one off dan hanya akan diperlihatkan di New York Auto Show. Model yang hampir serupa; kecil dan elektrik akan diperkenalkan oleh Mini pada tahun 2019. Mungkin jika ada sekuel untuk filem Italian Job, mereka akan cuba kereta ini pula?

Mini 1

mini 2

mini 3

mini 4

mini 5

mini 6

mini 7

Sumber