Jenama global Miniso baru-baru ini membuat permohonan maaf kerana strategi pemasaran syarikat tersebut yang menggambarkan identiti mereka seperti sebuah syarikat dari Jepun, sedangkan mereka berpengkalan di China.

Jenama tersebut dalam satu kenyataan di weibo pada 18 Ogos berkata mereka akan buang ‘identiti Jepun’ daripada butik mereka secara berperingkat menjelang Mac 2023.

Syarikat terbabit juga telah menggantikan shopping bag gaya Jepun sejak 2020. Mereka juga telah membuat renovasi di lebih 3,100 butik mereka di China dengan menggantikan logo mereka kepada tulisan Cina sejak Oktober 2021.

Dalam kenyataan tersebut juga Miniso berkata dari tahun 2015 hingga 2018, ketika syarikat itu dalam fasa permulaan untuk berkembang secara global, mereka telah merekrut pereka dari Jepun, Miyake Junya sebagai ketua bahagian rekaan. Sejak dari itu, Miniso mempromosikan jenama mereka sebagai ‘Japanese designer brand’.

Miniso menggunakan pengaruh Jepun untuk mempromosikan jenama mereka di seluruh dunia, menawarkan barangan yang jauh lebih murah berbanding Uniqlo dan Muji. Namun disebabkan ketegangan isu geopolitik di Taiwan ketika ini, jenama tersebut membuat keputusan untuk memohon maaf dan berjanji akan membuang identiti Jepun dalam jenama mereka.

Sebelum ini, Miniso berdepan kritikan kerana salah melabelkan pakaian cheongsam kepada Japanese geisha yang ditulis oleh Miniso Sepanyol. Mereka telah membuat permohonan maaf di atas kekeliruan yang dicetuskan unit mereka di Sepanyol.

Miniso berkata mereka telah mengambil ‘jalan yang salah’ dengan menjenamakan Miniso sebagai satu jenama dari Jepun. Miniso menegaskan mereka adalah sebuah syarikat dari China dan akan menggabungkan budaya dan identiti China dalam produk mereka di masa akan datang.

Tadashi Yanai adalah individu penting yang meletakkan jenama Uniqlo terkenal di seluruh dunia. Baca bagaimana beliau mengangkat jenama Uniqlo untuk jadi setanding dengan jenama lain di seluruh dunia.

5 Tip Bagaimana Tadashi Yanai Mengangkat Uniqlo Menjadi Jenama Bertaraf Dunia

Bagaimana Syarikat Pakaian Uniqlo Kekal Kebal Dalam Keadaan Kegawatan Ekonomi?