Pada 9 Ogos 2021, kita dikejutkan dengan berita kematian Siti Sarah. Selepas pengebumian, suami kepada arwah Siti Sarah ada membuat ‘live’ di Instagram memberikan sedikit pesanan kepada orang ramai.

Akan tetapi, nasihatnya yang turut memetik nama BlackPink dan BTS ketika sesi ‘live’ itu telah ‘triggerred’ segelintir peminat kumpulan K-Pop itu. Menerusi sesi ‘live’ itu, Shuib telah mengatakan sewajarnya anak muda lebih mengidolakan Nabi Muhammad SAW berbanding kumpulan K-Pop tersebut dengan cara yang berhemah.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Akan tetapi, ada segelintir peminat kumpulan K-Pop tidak dapat menerima nasihat yang diberikan dan mengecam Shuib. Bukan itu sahaja, ada juga yang menulis tanpa berfikir panjang lalu dan merasa diri itu betul serta tidak dapat terima teguran tersebut.

Malah, ada juga yang mengatakan bahawa Shuib berlagak bagus dan persoalkan jika mengidolakan selebriti tempatan akan dapat pahala berbanding kumpulan K-Pop kesukaan mereka.

Akan tetapi, ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat yang diutarakan segelintir peminat K-Pop tersebut. Segelintir peminat K-Pop yang lain menerima dengan hati terbuka akan nasihat dan teguran itu.

Malah, ada juga yang mengecam tindakan segelintir netizen yang mengeluarkan kata-kata tanpa berfikir panjang terhadap Shuib sedangkan ia hanyalah sebuah nasihat.

Tidak hanya itu, ada juga segelintir peminat menzahirkan rasa malu akan tindakan peminat yang melenting apabila menerima nasihat dan juga mengatakan mereka bersikap biadab.

Tahukah anda bahawa ketika ‘BTS Meal’ mula dijual di Malaysia, ramai yang beratur untuk membelinya? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Sudah Mula Dijual, ‘Army’ Serang McDonald’s Seawal 10 Pagi Kerana BTS Meal

Didakwa ‘Menghina’ Blackpink Dan Seksualkan Wanita, Peminat Tuntut Namewee Minta Maaf

Anda Mungkin Suka