Mia Sara Nasuha, nama yang tidak asing lagi dalam industri seni. Seorang pelakon remaja yang cukup berbakat tetapi lama menyepi disebabkan kurangnya tawaran lakonan.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila Mia buka mulut apabila ada segelintir pihak produksi yang menawarkan tawaran berlakon dengan syarat beliau membuka tudung. Hal tersebut sedikit sebanyak membuatkan hatinya terguris terutama sekali apabila penerbit Muslim sepatutnya tahu akan hukum yang menawarkan tawaran dengan syarat seperti itu.

https://twitter.com/FinazYunus/status/1354832268087406592

Berpegang teguh dengan prinsipnya, Mia lebih rela tidak berlakon daripada perlu membuka tudung. Isu tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen mempersoalkan tindakan penerbit yang mahu Mia membuka tudung sedangkan tahu dirinya berhijab.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mahu nama penerbit yang menetapkan syarat seperti itu didedahkan. Malah, rata-rata netizen kagum dengan pendirian Mia dan berasa bangga dengan jawapan matang daripada beliau walaupun baru berusia 16 tahun.

https://twitter.com/dayarh/status/1355035051809882116

Menurut Mia, jika dirinya yang sudah lama berada dalam industri boleh diperlakukan seperti itu bayangkan mereka yang baru mahu menapak membina kerjaya sebagai seorang pelakon. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Dengar Muzik TikTok Terus Terjaga Dari Koma’- Babak Drama Indonesia Ini Bikin Netizen Terhibur

Sengaja Gelapkan Warna Kulit Watak Utama, Video Muzik Penyanyi Malaysia Dikritik Hingga Peringkat Dunia