Seorang warga emas terkejut apabila mendapati seorang lelaki tidak dikenali tidur di ruang tamu rumahnya di Taman Tanjung, Bahau. Beliau yang berusia 66 tahun pada mulanya menyangka bahawa lelaki tersebut adalah rakan anaknya, tetapi kemudian dia baru sedar bahawa lelaki tersebut adalah pencuri yang tertidur dan tidak sempat untuk melarikan diri.

Sin Kong Men bercakap kepada media bahawa dia menyedari kehadiran lelaki tersebut semasa bangun seawal jam 6 pagi. Lelaki itu terbaring di lantai rumah dan di sebelahnya terdapat beg kertas mengandungi dua bilah pisau, pemutar skru, dua botol minuman keras dan tablet Samsung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya melihat dan menyedari barang-barang itu milik saya. Saya mengesyaki dia tertidur selepas minum minuman keras yang disimpan di dalam almari kaca di rumah ini. Kami semua cuba membangunkan dia tetapi gagal,” katanya. “Tidak lama selepas itu, polis tiba dan membangunkan dia sebelum membawanya ke balai polis untuk tindakan lanjut.”

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook mengesahkah kejadi tersebut dan telah menerima laporan polis berhubung kejadian itu pada Isnin. Siasatan lanjut mendapati lelaki itu telah memanjat pagar tepi rumah dan masuk melalui pintu yang tidak berkunci.

“Ketika memasuki rumah, suspek dipercayai menemui kabinet arak dan minum sehingga mabuk dan tertidur,” kata Hoo. “Tiada rakaman CCTV di tempat kejadian.”

Superintendan menyatakan bahawa suspek berusia 41 tahun telah didakwa atas kesalahan menceroboh, yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.