Bersempena dengan perayaan Halloween yang bakal disambut, Starbucks memperkenalkan dua minuman Halloween yang comel namun ‘menyeramkan’ iaitu Vampire Frappuccino dan Monster Cappuccino.

Menariknya, kedua-dua minuman sejuk ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Vampire Frappucino dibuat dengan asas strawberi berwarna merah jambu, sirap strawberi diletakkan untuk menampakkan ianya seperti darah dan dihiasi dengan krim membentuk seperti awan dan diserikan lagi dengan coklat mini berbentuk kelawar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Monster Cappuccino pula merupakan cappucino yang dihiasi dengan wajah seperti tengkorak yang dibuat dengan coklat diukir diatas ais berbuih.

Selain daripada minuman seram yang diperkenalkan, terdapat juga menu lain yang berunsurkan Halloween iaitu cupcake, tart dan macaron. Namun, kedua-dua minuman edisi terhad ini hanya boleh dibeli di Starbucks Korea Selatan.

Jika anda ingin merasai sendiri minuman dan makanan yang kelihatan seram ini, anda perlu terbang ke Korea Selatan dalam masa terdekat.

starbucks-korea-halloween-vampire-frappuccino-monster-cappuccino-0-1

starbucks-korea-halloween-vampire-frappuccino-monster-cappuccino-2