Miri adalah bandar kedua terbesar di Sarawak dengan populasi penduduk sebanyak 300,543. Bandar yang terletak di timur laut Kuching dan barat daya Kota Kinabalu ini menawarkan pelbagai pengalaman yang menarik buat anda yang mencari percutian seisi keluarga.

The Vocket berkesempatan melihat dan meneroka kota Miri yang kaya dengan sumber asli, terutamanya petroleum. Kedatangan kami disambut oleh senyuman dari pelbagai bangsa dan etnik yang mewarnai bandar Miri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Miri Marriot Resort & Spa – kami menginap di sini selama 3 hari 2 malam.

Percutian kami di Sarawak menjadi mudah dengan bantuan Agoda yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Kami beli tiket penerbangan, penginapan pula kami pilih Miri Marriot Resort & Spa dan aktiviti di sepanjang bandar Miri, semuanya ditempah di laman sesawang Agoda.

Di Agoda, Miri berada di senarai ke-8 sebagai bandar yang menjadi tumpuan pelancong.

Sepanjang 3 hari di Sarawak, kami berkesempatan melawat The Grand Old Lady, muzium petroleum. Kami juga dibawa ke pasar yang menjadi pusat aktiviti jualan penduduk di sekitar Miri. Pasar ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Tamu Muhibbah, Tamu Khas dan Tamu Kedayan. Di sini, pelbagai jenis barangan tempatan seperti beras Bario, ambeng dan buah-buah terdapat di sini.

Pemandangan matahari jatuh di bandar Miri

Bagi mencari buah tangan untuk dibawa pulang pula, kami berkesempatan berkunjung ke Miri Handicraft Centre. Di sini terdapat banyak barangan kraft tangan yang dihasilkan oleh penduduk tempatan. Selain itu, di bahagian petang pula, kami banyak duduk melihat pemandangan matahari terbenam di Pantai Tusan yang terletak 30 minit dari bandar Miri.

Satu Platform Untuk Semua

Agoda mahu mengajak anda mencipta kenangan manis bersama keluarga. Ia menawarkan pelbagai pakej menarik dari tempahan penerbangan, penginapan dan aktiviti untuk anda yang mahu merancang percutian keluarga di bawah satu platform.

Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Agoda untuk memeriahkan kembali sektor pelancongan dengan berkunjung ke destinasi domestik pilihan, di mana anda boleh menghabiskan masa yang berharga dan mencipta kenangan indah bersama keluarga dengan melawat tempat yang menarik di sekitar Malaysia.

Pilihan ‘Flight + Hotel’ dan ‘Activity’ boleh didapati di halaman hadapan Agoda.

Buat anda yang tidak tahu, di laman sesawang Agoda, anda boleh menempah tiket penerbangan, hotel dan juga aktiviti yang anda mahu lakukan di lokasi percutian. Anda hanya perlu ketik pilihan ‘Flight + Hotel’ dan isi segala butiran dan Agoda akan membawa anda ke satu halaman lain dengan pelbagai pilihan hotel dan penerbangan. Tugas anda hanya perlu pilih sahaja, mudah bukan?

Agoda juga menyediakan perkhidmatan tempahan aktiviti bagi memudahkan percutian anda. Di bahagian halaman sesawang Agoda, terdapat pilihan ‘Activity’ di bahagian atas. Isi sahaja ke mana destinasi anda dan Agoda akan memberikan beberapa pilihan aktiviti, bersama-sama dengan harga.

Antara aktiviti yang ditawarkan di laman Agoda.

Sepanjang di Miri, percutian kami lebih mudah dengan Agoda yang menyediakan pelbagai perkhidmatan pelancongan di bawah satu platform. Hanya perlu isi ke mana destinasi anda, bila tarikhnya dan apa yang anda mahu lakukan di sana, Agoda akan sediakan pelbagai pilihan menarik dari penginapan, pilihan penerbangan dan segala aktiviti yang terdapat di lokasi percutian anda.

Jadi buat anda yang sedang merancang percutian bersama keluarga, apa kata anda cuba perkhidmatan yang disediakan oleh Agoda. Hanya perlu melawat laman sesawang Agoda dan tempah tiket penerbangan, hotel dan aktiviti di sana.