Pada pukul 8.00 malam semalam, sebanyak 17 buah kereta peronda Cawangan Kereta Peronda (MPV) dari lima buah daerah Johor telah berkerjasama untuk menumpaskan seorang suspek yang telah bertindak melarikan diri dari pemeriksaan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain, berkata semasa kejadian suspek berusia 45 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Altis dalam keadaan yang mencurigakan.

vocket-kes-dadah-johor-4
Sumber Gambar: Facebook

Suspek diarahkan untuk berhenti oleh anggota Cawangan MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan sedang melakukan tugas rondaan cegah jenayah dan kawalan pergerakan COVID-19 kira-kira pukul 7.15 malam.

Tetapi suspek bertindak memecut laju melarikan diri ke Jalan Kasa dan keluar ke Lebuhraya EDL dengan memandu secara berbahaya. Suspek berjaya diberkas setelah aksi kejar-mengejar hampir 45 minit dengan bantuan pasukan MPV dari Johor Bahru Utara, Iskandar Puteri, Kulai, Kluang dan Peronda Lebuhraya.

vocket-kes-dadah-johor-3
Sumber Gambar: Facebook
vocket-kes-dadah-johor-7
Sumber Gambar: Facebook

“Pasukan polis telah membuat ‘Cut Off’ di KM 58 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dan menahan suspek yang menggunakan kereta sewa dan menjumpai sejumlah dadah yang disyaki syabu dan pil ecstacy bernilai RM50,000.

“Hasil semakan juga mendapati suspek turut memiliki rekod jenayah lalu berkaitan dadah,” terang beliau.

Suspek akan direman selama tujuh hari hingga 2 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Baca lagi artikel-artikel pilihan pembaca The Vocket pada minggu ini melalui pautan di bawah.

Umpama ‘Godzilla Vs Kong’, Kemalangan Dua Kereta Ini Menjadi Bualan Para Netizen

Ibu Diugut Anak Sendiri, Serahkan ‘Fortuner’ Yang Dibeli Atau Bayar Sewa RM57,629

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Cipta Speaker Khas Untuk McLaren Senna

Sumber