Sebut mengenai Wak Doyok pasti orang ramai cukup mengenalinya. Berjaya menjadi model, hos serta usahawan kepada beberapa produk ternama antara yang membuatkan beliau popular.

Belum sempat reda isu kecaman daripada ‘mat salleh’ berikutan imej dan gaya beliau pada bulan lalu, Wak Doyok baru-baru ini sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik gambar produk terbaru beliau yang merupakan sebuah minyak wangi.

Hadir dengan nama yang unik iaitu Dosa, rekaan botol minyak wangi yang mirip dengan minyak wangi ternama iaitu Dior Sauvage antara yang didakwa para netizen. Bukan sahaja dari segi rekaan dan saiz botol, malah warna botol juga dilihat sangat mirip. Berikut merupakan respon netizen mengenai pengenalan produk terbaru Wak Doyok.

https://twitter.com/sang_induk/status/1369644332278448133

Turut mengaku menggunakan botol yang sama

Screen Shot 2021-03-11 at 10.07.05 AM

Meskipun menerima pelbagai respon dan kecaman isu keaslian botol minyak wangi keluaran beliau, Wak Doyok dengan mudah menjelaskan minyak wangi keluaran beliau menggunakan botol yang sama seperti minyak wangi ternama iaitu Dior Sauvage.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang menyokong usaha Wak Doyok dalam memasarkan minyak wangi terbaru beliau. Namanya yang mudah diingat dan unik antara yang membuatkan segelintir netizen berminat untuk mencubanya. Kongsikan pula pendapat anda mengenai penggunaan botol minyak wangi yang sama seperti jenama dari Paris ini.

Tular pada akhir bulan lalu apabila Wak Doyok menjadi bahan membawan netizen mat salleh berikutan imej dan gaya beliau.

Jadi Bahan Membawang Netizen ‘Mat Salleh’, Wak Doyok Kekal Tenang Terima Kritikan

Wak Doyok Ditegur Netizen ‘Mat Salleh’ Selepas Muat Naik Gambar Ini Di Instagram

Berjaya Raih 20K Retweet, Remaja Ini Bakal ‘Naik’ Mustang Milik Wak Doyok