Tahun 2021 ini kita dapat lihat ramai figura ternama dunia sedang sibuk berlumba-lumba menikmati ‘percutian super mewah’ dengan bercuti ke angkasa lepas seperti Richard Branson dari Virgin Group dan Jeff Bezos dari Amazon.

Baru-baru ini seorang pereka dari Perancis, Thierry Gaugain telah berkongsi rekaan konsep sebuah kereta api peribadi mewah dikenali sebagai G-Train yang hanya mampu dimiliki oleh seorang pemilik kaya-raya bertuah.

vocket-g-train-kereta-api-mewah-header-1

vocket-g-train-kereta-api-mewah-3

Kereta api mewah ini digambarkan sebagai sebuah ‘istana bergerak’ yang mempunyai 14 buah gerabak sepanjang 400 meter. Badan kereta api ini diperbuat daripada kaca dan menggabungkan teknologi tinggi yang membolehkan tekstur kaca bertukar dari lutsinar menjadi legap mengikut situasi semasa.

14 buah gerabak ini mempunyai sebuah suite untuk pemilik kereta api, bilik-bilik memuatkan kira-kira 20 orang tetamu, gim, spa dan beberapa ruangan mewah yang eksklusif yang tidak ada pada kereta api biasa yang lain.

vocket-g-train-kereta-api-mewah-4

vocket-g-train-kereta-api-mewah-2

vocket-g-train-kereta-api-mewah-6

Pada waktu malam pula, G-Train ini boleh mengeluarkan warna keemasan ketika ia bergerak di sepanjang trek laluan yang menghubungkan antara benua Eropah dan Asia dengan kadar kelajuan 160km/j.

“Kita sentiasa memikirkan perkhidmatan kereta api adalah satu pengangkutan untuk membawa orang ramai dari titik A ke titik B dalam waktu yang singkat dengan kelajuan tinggi.

“Tetapi kereta api mewah ini (G-Train) adalah alternatif untuk melihat dunia dengan santai serta eksklusif, melebihi pengalaman menaiki kapal layar dan jet,” kata Thierry Gaugain kepada Robb Report.

vocket-g-train-kereta-api-mewah-7

vocket-g-train-kereta-api-mewah-5

Selama tiga tahun Thierry Gaugain telah berkerjasama dengan Stadler (pembuat kereta api khas dari Switzerland),  Saint-Gobain (pengeluar kaca dari Perancis) dan Eskerley O’Callaghan (firma kejuruteraan dari UK) untuk menjayakan konsep kereta api mewah ini yang seakan-akan seperti filem ‘Snowpiercer’.

Walaupun G-Train yang berharga USD350 juta (RM1.47 bilion) ini masih dalam fasa konsep, tetapi kereta api peribadi mewah ini mungkin menjadi realiti pada masa hadapan kerana Thierry Gaugain telah mendapat permintaan daripada pelancong dan pelabur di seluruh dunia.

Setelah pulang dari ‘bercuti’ ke angkasa lepas, Richard Branson berminat untuk membina hotel di bulan. Klik pautan di bawah untuk baca lebih lanjut.

Selepas Kejayaan ‘Space Tour’, Richard Branson Mahu Bina Hotel Di Bulan

Jeff Bezos ‘Sogok’ NASA RM8.4 Bilion Demi Impian Ke Bulan

Pembida Ini Sanggup Bayar RM115 Juta Semata-Mata Untuk Ke Angkasa Lepas Bersama Jeff Bezos