Dominic Toretto adalah watak yang dibawa oleh Vin Diesel dalam siri filem Fast & Furious dan sebelum ini, tular di media sosial apabila ada individu yang wajahnya mirip dengan Vin Diesel di Malaysia.

Terbaharu, tular pula sebuah video di Twitter di mana mununjukkan seorang individu sedang menebar roti canai di sebuah kedai mamak.

Baca Juga:

Apa yang mengejutkan adalah wajah penebar roti canai tersebut seakan-akan mirip Vin Diesel. Akan tetapi, kedai tersebut tidak dapat dipastikan di mana.

Susulan penularan video tersebut, rata-rata netizen berseloroh mengatakan bahawa Dominic Toretto sudah pencen dan kini bekerja sebagai penebar roti canai untuk keluarganya.

Segelintir netizen juga berasa lucu dan mengatakan mungkin ini Dominic Toretto di ‘universe’ lain. Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali orang ramai menjumpai individu yang mempunyai wajah seakan Vin Diesel.