Tidak dapat disangkal dan tidak perlu diperkenalkan lagi nama-nama hebat dalam dunia badminton negara iaitu Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid. Mana tidaknya, mereka telah mencipta sejarah dengan mendapat gelaran dan pingat dalam kejohanan utama termasuk All-England, Piala Dunia dan Sukan Olimpik.

Terbaharu, sebuah video Misbun Sidek ketika menjadi tetamu jemputan program Malaysia Hari Ini pada 10 Februari 2020 yang lalu telah mengajar teknik untuk menyempurnakan Servis Sidek kepada penonton.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mungkin ada yang tidak tahu, ‘Servis Sidek’ atau dikenali sebagai Servis S yang dicipta oleh anak-anak sidek pernah diharamkan suatu ketika dahulu. Servis ini sangat unik dan hebat di mana ia menjadikan pergerakan bulu tangkis menjadi ulang-alik dan tidak menentu.

Malah, bulu tangkis yang menggunakan Servis S membuatkan ia melayang dalam keadaan berputar-putar ke arah pihak lawan. Oleh itu, berlaku pendebatan mengenai servis ini dalam mesyuarat Persatuan Badminton Dunia (IBF) pada Julai 1982, kemudian ia diharamkan. Anda boleh melihat perkongsian daripada Misbun sendiri tentang servis ini dalam video di bawah.

Teknik servis S inilah yang menjadi rahsia kejayaan Razid dan Jailani Sidek menang kejohanan badminton All England 1982 dan mengharumkan negara menurut Misbun Sidek.

Pastinya anda yang menonton kejohanan All England ketika itu masih lagi terbayang teknik tersebut. Bukan mudah untuk mencapai kejayaan seperti ini tanpa berusaha keras.

Apa kata ikuti dan baca artikel berkaitan arena badminton pada pautan di bawah ini.

Cerita Badminton Malaysia Ke Olimpik Yang Wajar Setiap Rakyat Perlu Tahu

Lee Chong Wei Kongsi Kisah ‘Rare’ Bagaimana Badminton Menyatukan Rakyat Malaysia

Filem Lee Chong Wei Cipta Nama Dalam ‘Asia Book Of Record’