Jika anda berpendapat sebuah misi atau target tidak akan membawa sebarang perubahan selagi mana belum dilaksanakan, anda mungkin silap. Mark Zuckerberg pada awal tahun ini meletakkan misi pada tahun ini untuk menawarkan pengalaman terbaik buat pengguna untuk mengurangkan sebarang spam dan iklan di Facebook NewsFeed.

Beliau turut mengulas baru-baru ini dimana beliau mahu meningkatkan post berkaitan rakan dan keluarga pengguna terlebih dahulu dimana sekaligus membuatkan capaian di Facebook Pages menjadi rendah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Facebook Holds Its Fourth f8 Developer Conference

Keputusan yang dibuat ini ternyata memakan dirinya setakat ini apabila saham Facebook menurun 4.5% pada hari pengumuman dibuat membuatkan Mark Zuckerberg kehilangan sebanyak $4.5 bilion pada tahun ini.

Adakah kehilangan $2.9 bilion (~RM11.53 bilion) ini merupakan jumlah yang besar buat Mark Zuckerberg?

maxresdefault (1)

Tidak sama sekali. Berdasarkan laporan daripada Bloomberg, Mark Zuckerberg sudah berjaya menjana sebanyak $17 bilion sepanjang 2 minggu bagi tahun 2018. Beliau masih lagi memegang jumlah aset bernilai $74.4 bilion meskipun selepas menanggung kerugian pada tahun ini.

Baca lagi: Facebook Mahu Mengurangkan Perkongsian Page Di News Feed

Sumber