Bayangkan anda sedang berseronok berenang di lautan biru dan secara tiba-tiba muncul seekor ikan jerung purba yang dikhabarkan telah pupus 20 juta tahun lalu menjadikan anda makanannya. The Meg, sebuah filem adaptasi daripada sebuah buku Meg: A Novel of Deep Terror oleh Steve Alten akan membawa anda satu pengalaman yang mengujakan dan mencemaskan untuk anda rasai.

Menjadi keunikkan filem The Meg ini adalah kerana ia mengisahkan sesuatu yang tidak masuk akal, ikan jerung purba sebesar 75 kaki yang dikenali sebagai Megalodon yang disangka hanyalah hidup di zaman purba menyerang sekumpulan penjelajah dan saintis yang meneroka laut dalam kemudian tenggelam di dasar laut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ahli penyelamat, Jonas Taylor (Jason Statham) segera diturunkan untuk menyelamatkan mereka sebelum kehabisan oksigen. Misi menyelamat berjaya dilakukan tetapi disebabkan letupan yang berlaku ketika misi menyelamat dijalankan, ia membuka laluan untuk megalodon ke puncak lautan dan ke kemudahan penyelidikan bawah air mereka.

Megalodon itu menyerang kemudahan penyelidikan bawah air mereka dan ianya merupakan satu ancaman terhadap manusia kerana megalodon itu akan menyerang dan menjadikan manusia sebagai mangsanya.

Demi untuk menyelamatkan manusia dari dijadikan mangsa, para penyelidik tersebut berusaha untuk menghalang Megalodon itu. Adakah mereka berjaya menghalang atau mereka terkorban ketika cuba menghalang? Anda kena saksikan sendiri betapa cemasnya keadaan tersebut.

Pada kami filem ini penuh dengan elemen kejutan antaranya ada di satu babak dalam filem ini, para penyelidik gembira sudah dapat membunuh Megaladon ini tapi kemudian diserang oleh Megalodon sebenar membuatkan kami berasa terkejut dengan keadaan tersebut.

Tetapi nampak juga kelemahan pada filem ini. The Meg seperti terlalu berusaha keras untuk memasuki pasaran China kerana jika dilihat dalam filem ini ianya berkisarkan pangkalan penyelidikan di China dan watak yang berbangsa China juga turut diangkat menjadi hero.

the meg 2

Apa pun, filem The Meg menyajikan anda satu pengalaman yang luar biasa dan anda akan merasai detik cemas untuk menyelamatkan diri dari dimakan oleh Megaladon. Saya sendiri terkesan dan mungkin tidak akan pergi ke laut dalam masa terdekat.

Kami memberikan rating 6.5/10 bintang untuk filem ini, jalan cerita filem ini menarik tapi saiz ikan Megalodon ini yang tidak konsisten membuatkan kami sedikit terganggu. Sekejap besar, sekejap kecil. Mana satu saiz sebenar Megalodon ini? Tetapi ia tetap menghiburkan.