Misi NASA ke Marikh pada tahun 2024 adalah misi yang sangat berisiko bagi angkasawan. Terdapat beberapa senario yang dilakukan oleh angkasawan sekiranya beberapa anak kapal mereka mati semasa dalam perjalanan ke Marikh atau ketika berada di planet merah terbabit.

Pakar mengatakan mayat angkasawan yang meninggal dunia semasa Misi NASA 2024 di Marikh boleh dimakan oleh anak kapal yang lain atau mayat mereka akan dibiarkan terapung di angkasa untuk ‘dikebumikan’ di atmosfer untuk selamanya.

OSIRIS_Mars_true_color
Wikipedia

Persoalan ini hadir selepas beberapa pakar menyatakan bahawa angkasawan yang terlibat dalam misi ke Marikh pada 2024 akan berisiko tinggi untuk kehilangan nyawa. Di atas sebab itu, NASA sedang mengkaji beberapa senario yang lebih bertanggungjawab bagi menguruskan mayat mereka ketika di planet merah terbabit.

Menurut beberapa laporan media, dipercayai bahawa 21 orang telah kehilangan nyawa sejak misi angkasa pertama 60 tahun yang lalu dijalankan. Saat ini agensi angkasa NASA sedang bersiap untuk misi manusia pertama ke Marikh dan ini dilihat bakal meningkatkan jumlah kematian para angkasawan.

Untuk misi ke planet merah tersebut, para angkasawan akan menghabiskan tujuh bulan di dalam kapsul. Kaedah ini sangat berisiko kerana ia belum pernah dilakukan oleh manusia. Setelah berjaya bertahan selama tujuh bulan, para angkasawan perlu menyiapkan diri untuk berurusan dengan persekitaran Marikh yang sukar dan tidak mempunyai kehidupan seperti Bumi.

download
NASA

Jika salah seorang anak kapal meninggal dunia di sana, NASA memerlukan beberapa bulan atau tahun sebelum jenazah dikembalikan ke Bumi. Atas sebab itu, pakar mencadangkan beberapa cara untuk membuang mayat angkawasan terbabit jika sesuatu yang buruk berlaku.

Antara cara yang paling brutalĀ atau ganas adalah para angkasawan dibenarkan untuk memakan mayat angkasawan yang lain. Atau cara lain yang lebih hormat adalah dengan melepaskan mayat mereka ke ruang angkasa.

‘Rover’ bersejarah NASA di Marikh dikawal oleh saintis ini di rumahnya sahaja. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Rover’ Bersejarah NASA Di Marikh Dikawal Oleh Saintis Ini Di Rumahnya Sahaja

NASA Kaji Asteroid Gergasi Yang Bernilai RM41,563,418,211,000,000,000

Ilmuwan Dakwa ‘Zombie’ Wujud, Ada Dalam Diri Manusia Dan Bakal Hidup Setelah Mati