Disaat orang ramai panik dalam usaha menyelamat kanak-kanak di Gua Thang Luang, Elon Musk hadir tepat pada waktunya bagi ‘membantu’ menyelamat mangsa menggunakan teknologi dan kelengkapan syarikatnya. Semuanya bermula apabila terdapat seorang individu memohon pertolongan Elon Musk di Twitter.

Melalui perbincangan Elon Musk di Twitter, beliau turut mengeluarkan solusi disamping mengarahkan pasukannya ke Thailand serta merta dalam usaha mengeluarkan kanak-kanak dari Gua Thuang Luang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tidak hanya mengarah para pasukan, Elon Musk turut hadir hari berikutnya bagi membantu para pasukan dengan lebih lanjut. Apa yang dilakukan Elon Musk ini secara tidak langsung berjaya mendapat perhatian dunia dan liputan media berikutan sikapnya yang mahu ‘membantu’ orang ramai.

Dalam pada itu, sikap yang ditunjukkan Elon Musk serta pasukan ini nampaknya tidak disenangi oleh salah seorang penyelamat yang terlibat. Melalui video yang dikeluarkan, beliau berpendapat apa yang ditunjukkan Elon Musk hanyalah sekadar ‘PR stunt’ atau gimik semata-mata.

Kapal selam mini hasil inovasi pasukan Elon Musk

Beliau turut mengatakan penggunaan submarine keluaran Elon Musk yang dikatakan sangat inovatif sangatlah tidak bersesuaian dengan situasi sebenar malah bakal gagal untuk digunakan sejak daripada 50 meter perjalanan ke gua. Walaubagaimanapun, kapal selam mini keluaran Elon Musk ini masih lagi releven untuk digunakan pada masa akan datang.

Anda boleh tonton video dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ‘gimik’ Elon Musk daripada salah seorang penyelamat yang terlibat. Sekiranya benar, adakah Elon Musk sengaja turun padang hanya untuk meraih perhatian dunia semata-mata?

https://www.youtube.com/watch?v=1TmjpIkVDrU