Sekali imbas tubuh kurus, rambut panjang ini adakala macam homeless. Ditambah dengan gaya hobo beliau melengkapkan lagi penampilan homeless pemuda berusia 24 tahun ini.

Tapi itulah identiti Khairul Jamain atau lebih senang dipanggil KJ sejak dia ambil keputusan berhenti kerja dan keluar mengembara sejak hampir 2 tahun lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

khairul-jamain-5

Namun beberapa minggu lepas, status KJ di media sosial sudah mula berubah. Jika dulu catatan dan perkongsian beliau hanya tentang kembara, atau sesekali tentang NGO yang disertai tapi kini lain pula.

Siapa sangka mamat hobo ini rupanya dalam diam memohon untuk sertai misi kemanusiaan ke Benua Afrika di bawah anjuran MyCorps.

Saya cuba menyelami apakah yang mendorong KJ untuk terlibat di dalam misi kemanusian diperingkat antarabangsa ini?

khairul-jamain-2

“Sebenarnya, penyertaan ini adalah penyertaan last minute. Dr Paan yang mendesak saya untuk menjadi sukarelawan MyCorps. Dr Paan bagi tahu program ni bagus untuk membangunkan soft skill  kerana saya mengembara sambil buat kerja-kerja volunteerism.”

Bagi KJ sendiri, pada awalnya dia kurang berminat untuk melibatkan diri dalam program sebegini. Tetapi setelah 2 minggu berada dalam latihan, KJ mulai sedar program seperti ini sepatutnya sudah lama dianjurkan untuk orang muda di negara ini.

“Program MyCorps ini bukan mahu mencipta sukarelawan, tetapi mereka mahu mencipta volunteer’s leaders. Bila tamat program, segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi mampu disumbangkan semula kepada masyarakat dan komuniti setempat.”

Apa yang lebih menarik, semua peserta yang dipilih oleh MyCorps terdiri daripada anak muda yang mempunyai latar belakang berbeza tetapi berjaya dalam bidang masing-masing seperti arkitek, videographer, photograper, doktor, usahawan, pengasas NGO dan banyak lagi.

khairul-jamain-1

khairul-jamain-4

Misi peribadi

Bagaimana pula dengan misi peribadi KJ. Ujar anak muda ini, melalui misi sebegini banyak yang dapat dipelajari untuk kegunaan di masa depan.

“Segala apa yang boleh dipelajari daripada program ini dan sewaktu 2 bulan di lapangan di Kenya nanti akan dibawa Malaysia. Selesai program ini saya akan ke Semporna, Sabah  untuk meneruskan misi saya bersama NGO 1moment4them serta Teach For The Need (TFTN) untuk projek sosial enterprise yang bertujuan membantu golongan stateless di Semporna.”

Banyak yang ingin disumbangkan oleh KJ apabila selesai misi MyCorps di Afrika nanti. Tumpuan utama beliau di Semporna sekembali daripada misi MyCorps adalah dalam pembangunan ekonomi, pendidikan dan juga projek sustainable eco-tourism.

“Ini adalah tujuan sebenar kenapa saya mahu sertai program sukarelawan anjuran MyCorps dan dan yakin terpilih untuk pergi ke Afrika.”

khairul-jamain-3

Buat kutipan amal

Antara skill yang diterima sepanjang latihan di MyCorps adalah bagaimana mengumpul dana berdasarkan target yang telah ditetapkan. Bagi misi bantuan ke Afrika ini, menurutu KJ mereka perlu mengumpul dana sebanyak RM5000.

Semua hasil kutipan akan disalurkan kepada penduduk di lokasi kerja sukarelawan yang bakal dijalankan di Afrika nanti.

Jumlah terkumpul setakat ini adalah RM1500 dan mereka masih memerlukan sumbangan sebanyak RM3500 untuk mencukupkan target.

Bagi anda yang ingin menyumbang, sumbangan boleh dibuat kepada:

Name : Yayasan Pusat Belia Antarabangsa.
No Acc : MBB 0141 3242 4724 (Maybank)
Reference code : MCAfrica
Email : [email protected]

Sila maklumkan kepada di akaun Facebook KJ atau email kepada alamat email di atas selepas pindahan transaksi sumbangan dilakukan.

Tak kira berapa jumlah sumbangan anda, sama ada besar atau kecil semuanya diterima dengan lapang dada. Tarikh akhir kutipan dana adalah pada 31 Dec 2017.

Dengarnya kalau target dana berjaya dicapai KJ nak potong rambut dan buat live di Facebook. Good luck KJ dan pasukan.

Sehingga kini melalui projek anjuran MyCorps, banyak bakat dan keupayaan anak muda tempatan telah berjaya diketengahkan di peringkat antarabangsa. Antaranya adalah Bagaimana Projek LimbX Pimpinan Anak Malaysia Harumkan Negara Di Sri Lanka ini.