Perang saudara di Sri Lanka yang berlangsung selama 26 tahun telah tamat sejak tahun 2009. Namun kesan pasca perangan masih ditanggung oleh sebahagian besar rakyat negara ini, terutama bagi mereka yang telah hilang anggota badan sewaktu perang meletus.

Dan pada tahun ini, MyCorps telah memilih Sri Lanka sebagai salah satu negara yang menerima program bantuan di bawah Misi Bantuan Kemanusiaan MyCorps 2017.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Apa yang menarik di sebalik misi kemanusiaan ini adalah keterlibatan secara langsung 5 sukarelawan muda MyCorps dalam melaksanakan dan menyediakan tangan palsu kepada mangsa pasca perang melalui teknologi 3D Printer.

Vocket telah berjaya mendapatkan kisah belakang tabir tentang projek ini daripada Hariz Hazwan Zarir, yang merupakan ketua projek. Graduan perubatan daripada universiti di Jordan ini juga merupakan antara penggerak utama bagi memastikan projek ini berjaya dilaksanakan.

Ikuti perkongsian Hariz di bawah.

projek limbx: misi-mycorps-sri-lanka-6

misi-mycorps-sri-lanka-5

misi-mycorps-sri-lanka-4

​Vocket: Bagaimana dan apakah yang mencetuskan idea ini hingga akhirnya ia berjaya dimulakan​

Hariz: Saya memang selalu mengikuti perkembangan teknologi terbaru. Dan saya pernah terbaca tentang tangan palsu yang dibuat menggunakan mesin 3D printer adalah lebih ekonomikal dan ringan. ​

Dan baru-baru ini saya ke kawasan pasca-perang Sri Lanka untuk tujuan misi kemanusiaan dan pembangunan masyarakat selepas perang di bawah satu program bernama MyCorps.

Dan logik mudah saya berkata, apabila adanya perang, pasti ada golongan yang tercedera akibat peperangan dan pastinya ada ramai yang kehilangan anggota tubuh badan. Jadi, apabila saya tiba di sana, saya memutuskan untuk mengkaji secara lebih dalam akan anggapan saya ini. ​

Kami cuba melawat sebanyak mungkin badan-badan dan klinik yang menyediakan khidmat prostetik (tangan palsu) kepada masyarakat dan cuba menemui seramai mungkin pesakit. Dan angkanya memang sangat tinggi.

Angka rasmi jumlah mereka yang kehilangan anggota tubuh badan di seluruh Sri Lanka adalah 160,000 orang dan angka tersebut meningkat sedikit demi sedikit akibat jerangkap samar yang masih belum meletup. Dan saya ada juga menemui pesakit yang putus kedua-dua tangannya kerana beliau di dalam kumpulan mengesan jerangkap samar. ​

Dan sepanjang penyelidikan saya, saya mendapati upper limb prosthetics (tangan palsu) agak tidak cukup efisien dari segi pembuatan. Malahan hampir kesemua pesakit tidak menggunakannya. Antara faktor yang menyebabkan keadaan ini kerana ianya berat, dan tidak berfungsi.

Tangan palsu jenis ini juga mahal dan mengambil masa yang lama untuk dibuat. Juga tak semua kes boleh diselesaikan dengan proses konvensional. Tapi melalui  3D printer, banyak kekangan melalui kaedah konvensional boleh diatasi.

Malah di seluruh dunia, menurut data WHO, hanya 5% orang sahaja yang mempunyai akses kepada penjagaan prostetik. Dari situ, saya yakin, ia adalah satu lapangan yang sangat berbaloi untuk saya terokai dan tumpukan pehatian. Dan saya pasti ini satu peluang yang mesti saya cuba agar dapat membantu kehidupan orang-orang di sini menjadi lebih baik.

Dan memandangkan saya orang luar, tidak lama di sana dan ada cita-cita yang sedikit besar, saya perlu mencari langkah yang sesuai untuk memberi lebih impak.

Maka lahirlah Projek LimbX sebagai suatu conversation starter, proof of concept, community building kepada prosthetics care provider yang diharapkan membentuk ripple effect. Mereka diletakkan dalam immersive experiential learning in multidisciplinary settings. ​

Dan hasil dari Projek LimbX, tertubuhlah Center for Prosthetics di University of Jaffna.

Vocket: Adakah Hariz adalah ketua projek​ ini?

Hariz: Ya, saya lead dan projek ini merupakan brainchild saya. Tapi di waktu yang sama saya mendapat sokongan penuh dari pelbagai pihak untuk memastikan ianya berjaya.

Sokongan tak berbelah bagi telah saya terima dari ahli kumpulan saya yang terdiri daripada Anis, Mira, Hafizah dan Rajiv, pihak MyCorps, pihak MyCro – syarikat 3D printer anak muda tempatan, Badrul Hisham, Adam Tan, Dr. Adam Arabian, pihak LimbForge, pihak University of Jaffna dan ramai lagi yang menyokong usaha ini.

Vocket: Di bahagian mana Sri Lanka projek ini dijalankan​.​

Hariz: Lokasi workshop dan pusat kami adalah di Fakulti Kejuruteraan Universiti of Jaffna, di Kilinochchi, kawasan perang terakhir di Sri Lanka yang tamat 8 tahun lepas.

Di sini terdapat sebahagian besar mereka yang baru sahaja mengalami kecederaan perang. Dan pekan Kilinochchi yang kini hanyalah sebatang jalan sahaja dan tidak wujud 8 tahun lalu. ​

Tapi, cangkupan dan rangkaian klinik kami meliputi seluruh utara Sri Lanka. Klinik kami akan menjadi klinik rujukan dan pusat kajian prostetik bagi kawasan utara negara ini.  Dan pada masa ini, kami sedang menandatangani perjanjian dengan kesemua badan yang memberikan khidmat prostetik di sini.​

Dan sebenarnya kami menemui fakulti kejuruteraan tersebut by luck kerana kampus utama universiti tersebut terletak di Jaffna, 2 jam dari Kilinochchi. Kami bergegas ke sana dengan menaiki tuktuk di tengah hujan di petang hari setelah mengetahui fakulti kejuruteraan ada di situ semata-mata untuk mencuba nasib mencari pelajar kejuruteraan mekanikal yang ingin menyertai workshop kami. ​

Berkebetulan head of department Fakulti Kejuruteraan masih belum balik ke rumah walaupun sudah tamat waktu bekerja. Dan dari situ kami mula berbincang. ​

Vocket: Selain MyCorps, adakah program ini turut ditaja oleh pihak atau badan lain? ​

Hariz: Bagi projek workshop LimbX dan proof of concept, wakil pihak MyCro, syarikat 3D printer tempatan yang diterbangkan dari Malaysia menaja workshop tersebut dan menyediakan kepakaran berkenaan 3D printer. ​

Selain itu, of course dari MyCorps sendiri.​ Pada peringkat kedua penubuhan pusat prostetik, kami mendapat sokongan kewangan dari MyCorps dan juga geran dari kerajaan Sri Lanka. Pihak LimbForge juga menaja kami dalam bentuk teknologi mereka.​

Vocket: Bagaimana pula dari segi dana untuk menjayakan projek ini?

Hariz: Dana awal tentunya dari MyCorps. Dan pada peringkat kedua, kami berjaya memenangi geran tambahan daripada pihak MyCorps. Dan juga, seperti yang dah dinyatakan, kami juga menerima dana daripada pihak kerajaan Sri Lanka. ​

Kami juga telah mendapat gran sebanyak RM 240,000 dari kerajaan Sri Lanka untuk fasa pertama dan kami mensasarkan penerimaan dana sebanyak RM 1.5 juta pada fasa seterusnya di awal tahun hadapan daripada Kementerian Perdamaian dan Rehabilitasi Sri Lanka.

misi-mycorps-sri-lanka-3

misi-mycorps-sri-lanka-2

misi-mycorps-sri-lanka-8

misi-mycorps-sri-lanka-9

Vocket: Apakah ada halangan dan cabaran untuk merealisasikan projek ini?​

Hariz: Sudah tentunya ada. Tiada perkara yang tiada cabaran di dalam dunia ini. Kami merupakan orang luar yang tidak mengenali sesiapa di sana, masih muda dan punya masa dan sumber yang terhad. ​

Jadi pertamanya adalah agak sukar untuk mencari orang yang betul dan meyakinkan mereka akan idea tersebut. Kami menemui begitu ramai orang termasuklah dari Kementerian Kesihatan di sana, pakar bedah, profesor-profesor, NGO-NGO dan juga pesakit-pesakit.

Ada antara mereka yang skeptikal dan menyatakan keraguan mereka tapi bagi saya itu adalah reaksi normal. Jika saya berada di tempat mereka, kemungkinan besar saya juga akan memberikan respon yang sama.

Sebagai orang asing yang ingin memberi bantuan, kami hanya perlu dengar dan cuba fahami kebimbangan serta keraguan mereka, pertimbangkan dan jika tidak berjaya, cuba lagi dengan pihak seterusnya.

Kedua adalah masa yang sangat terhad. Pergerakan kami di sana tak semudah di Malaysia. Untuk ke satu-satu tempat, ia mengambil masa yang agak lama. Juga, ada isu komunikasi. ​

Namun syukur, things work out well in the end and people were very happy.

Vocket: Bagaimana penerimaan penduduk setempat dengan project ini. ​

Hariz: Salah satu perkara yang tak akan saya dapat lupakan adalah bila salah seorang lelaki yang paling saya segani dalam hidup kerana kredibilitinya, Prof. Chelvakumar, yang merupakan seorang profesor pelawat di sana datang kepada saya di tengah-tengah workshop dan menangis terharu.

Kata beliau, “this is the best thing I have seen in my stay here for the past months. Your help goes straight to the people.”

Dan oh, Prof Chelvakumar pernah mengetuai pasukan penyelidik NASA, menjadi CEO hospital di LA, pernah menjadi diplomat yang menyampaikan mesej di antara Presiden Sri Lanka dengan Ketua Jeneral Tamil Tigers ketika waktu perang dan pelbagai lagi. Anda boleh google the rest tentang beliau. ​

Vocket: Bagaimana pula sambutan atau sokongan daripada kerajaan Sri Lanka sendiri​ dengan projek ini?

Hariz: Kami mendapat kelulusan kewangan dalam masa yang sangat singkat. Rasanya ini adalah satu bentuk sokongan yang baik. Tambahan pula projek ini merupakan salah satu fokus kawasan yang difokuskan untuk pembangunan oleh kerajaan mereka.

misi-mycorps-sri-lanka-10

misi-mycorps-sri-lanka-11

misi-mycorps-sri-lanka-12

misi-mycorps-sri-lanka-13

Vocket: Apa pula perancangan masa depan atau next step untuk projek ini​

Hariz: Pusat Prostetik Universiti of Jaffna dijangkakan akan mula mengambil pesakit pada bulan Januari tahun depan. Kami akan turut menambah kolaborasi dengan pihak lain yang lebih berpengalaman dalam 3D printer prosthetics di seluruh dunia untuk pertukaran kepakaran dan ilmu. Beberapa universiti dan profesor pakar telahpun bersetuju. ​

Turut akan ditambah juga adalah teknologi konvensional untuk menampung kekurangan yang ada pada prostetik yang hanya dicipta menggunakan 3D printer sahaja.

Dan pembinaan teknologi prostetik baru yang lebih baik dan cost-effective bagi kegunaan orang lain di seluruh dunia kini juga berada dalam senarai perancangan.

Kami turut merancang untuk menyertai komuniti prosthetics care delivery di peringkat global dan berharap satu hari nanti kami akan menjadi salah satu daripada mereka yang pakar dalam bidang ini. Tapi apa yang kami rancang ini mungkin hanya akan terlaksana dalam 5 tahun lagi.

Vocket: Secara peribadi, adakah projek ini dikira berjaya bagi Hariz?

Hariz:  Masih terlalu awal untuk saya komen. Tapi menurut roadmap yang kami lakarkan bersama Dr. Adam Arabian, penasihat projek dan juga pakar teknologi kemanusiaan antarabangsa, dan mereka yang akan turut menyertai fakulti sebagai pensyarah pelawat, tak mustahil untuk Center for Prosthetics menjadi salah satu pusat yang mengeluarkan tenaga pakar prostetik di peringkat antarabangsa terutama bagi 3D printed dalam masa 5 tahun lagi.

Dan menurut Grace Mastalli, CEO LimbForge, Center of Prosthetics merupakan partner pertama mereka yang mempunyai pasukan yang paling dinamik – yang merangkumi berbagai bidang dari jurutera mekanikal, sehinggalah ke prosthesists, ke fisioterapis dan juga pakar bedah yang akan menyumbang kepada pusat tersebut dan ini adalah by design, terhasil daripada Project LimbX.

Apa yang saya harapkan, dengan asas yang dibina di Center for Prosthetics ini, perjalanan akan menjadi lebih mudah untuk mencapai matlamat utama kami iaitu memberi dan memperbaiki kehidupan pesakit bukan sahaja di Sri Lanka, malah di seluruh dunia. Ia sebenarnya adalah satu titik permulaan bagi kami untuk perjalanan yang lebih jauh.

Untuk pengetahuan, Hariz juga pernah travel ke USA dan Beri Makan Gelandangan Di Sana. Anda boleh baca pengalaman Hariz di sini.