Seriously pasukan ini yang dianggotai 10 orang bertanding bukan untuk mendapatkan sorakan anda mahupun pingat. Mereka hanya mahu anda sedar sesuatu yang begitu penting bagi orang seperti mereka.

Ia selari dengan tujuan utama International Olympic Committee (IOC) menubuhkan pasukan ini iaitu menyedarkan warga dunia dengan krisis pelarian yang sedang berlaku sekarang, terutama di Eropah.

refugee olympic team

10 orang pelarian dari pelbagai negara telah disatukan di bawah satu pasukan yang dinamakan Refugee Olympic Team dengan kod pengenalan ROT.

Misi besar IOC dan ROT, ialah menyedarkan masyarakat dunia dengan mengetengahkan krisis pelarian dan menunjukkan solidariti kepada semua pelarian di seluruh dunia.

Ia adalah satu simbol harapan kepada pelarian sedunia dan membawa perhatian dunia kepada krisis pelarian apabila ROT mengambil bahagian di dalam Olympic Games Rio 2016 ini.

Sejajar itu, United Nations Refugee Agency telah memilih pelarian Syria Ibrahim Al-Hussein yang berada di Athens, Greece membawa obor Olimpik dalam torch relay melalui kem pelarian Eleonas dan kem pendatang asing.

Kumpulan Refugee Olympic Team (ROT)

1. Chef de Mission: Tegla Loroupe (Kenya) – bekas atlit Olimpik dan pemegang rekod dunia marathon
2. Deputy Chef de Mission: Isabela Mazao (Brazil)
3. 5 jurulatih
4. 5 pegawai kumpulan
5. 10 atlit

Atlit Refugee Olympic Team (ROT)

1. Rami Anis (L): negara asal – Syria; host NOC – Belgium; sukan – renang.
2. Yiech Pur Biel (L): negara asal – Sudan Selatan; host NOC – Kenya; sukan – athletics, 800m
3. James Nyang Chiengjiek (L): negara asal – Sudan Selatan; host NOC – Kenya; sukan – athletics, 400m
4. Yonas Kinde (L): negara asal – Ethiopia; host NOC – Luxembourg; sukan – athletics, marathon
5. Anjelina Nada Lohalith (P): negara asal – Sudan Selatan; host NOC – Kenya; sukan – athletics, 1500m
6. Rose Nathike Lokonyen (P): negara asal – Sudan Selatan; host NOC – Kenya; sukan – athletics, 800m
7. Paulo Amotun Lokoro (L): negara asal – Sudan Selatan; host NOC – Kenya; sukan – athletics, 1500m
8. Yolande Bukasa Mabika (P): negara asal – Republik Demokratik Congo; host NOC – Brazil; sukan – judo, 70kg
9. Yusra Mardini (P): negara asal; Syria; host NOC – Jerman; sukan – renang
10. Popole Misenga (L): negara asal – Democratic Republic of the Congo; host NOC – Brazil; sukan – judo, 90kg

Kata-kata Presiden IOC, Thomas Bach berkenaan komposisi pasukan ROT yang terdiri daripada 6 lelaki dan 4 perempuan dari 4 buah negara:

“Pelarian-pelarian ini tidak mempunyai rumah, tiada pasukan, tiada bendera, tiada lagu kebangsaan. Kami akan menawarkan mereka sebuah rumah di Kampung Olimpik bersama-sama dengan semua atlet sedunia.

Lagu Olimpik akan dimainkan sebagai satu kehormatan buat mereka dan bendera Olimpik akan membawa mereka ke dalam Stadium Olimpik.

Ini akan menjadi satu simbol harapan untuk semua pelarian di dunia kita, dan akan menjadikan warga dunia ini lebih menyedari tentang magnitud krisis ini.

Ia juga merupakan isyarat kepada masyarakat antarabangsa bahawa pelarian adalah manusia juga seperti mereka dan merupakan pengayaan kepada masyarakat.

Atlet-atlet pelarian ini akan menunjukkan kepada dunia bahawa walaupun mereka menghadapi tragedi yang tidak dapat dibayangkan, sesiapa sahaja boleh menyumbang kepada masyarakat melalui bakat, kemahiran dan kekuatan semangat manusia.”

Dicatatkan pada 2015, terdapat 65.3 juta orang dipaksa keluar dari rumah masing-masing. Dari jumlah itu, hampir 20 juta hidup sebagai pelarian di negara lain dan bakinya masih berlegar di tanah air sendiri dengan ancaman bahaya dan kelaparan.

Sumber