Sekitar 25 April lalu, seluruh Indonesia ‘berkabung’ setelah menerima khabar duka mengenai tenggelamnya kapal selam KRI Nanggal-402 di perairan Bali yang telah mengorbankan 53 orang anak kapalnya.

Ketika ini, usaha mencari serpihan bangkai kapal selam berkenaan masih lagi dijalankan dan ia dilaporkan telah tenggelam pada paras 850 meter dalam laut. Dalam pada usaha pencarian itu, satu penemuan kawah misteri dengan ukuran diameter 38 meter telah ditemui berhampiran lokasi tenggelamnya kapal selam KRI Nanggala-402.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan, imej kawah tersebut berjaya dikesan menggunakan Kapal Tan Suo Er Hao milik Cina yang melakukan rondaan di dalam laut pada kedalaman lebih kurang 839 meter dalam usaha untuk mengangkat serpihan bangkai kapal selam yang belum ditemui ke daratan.

Berdasarkan data imbasan dasar laut yang dilakukan Kapal Tan Suo Er Hao, crater atau kawah misteri tersebut dilaporkan mempunyai ukuran lebar lebih kurang antara 35 hingga 38 meter dan kedalaman antara 10 hingga 15 meter.

survei-dasar-laut-KRI-Nanggala
Paparan imej kawah misteri. Sumber: News Detik

“Ia ditemui tidak jauh dari lokasi kapal KRI Nanggala tenggelam dengan jarak lebar 2.5 meter dan panjang 3.7 meter. Namun, apa sebenarnya yang ada dalam kawah tersebut masih lagi kekal misteri.

“Serpihan pressuer hull milik bangkai KRI Nanggala-402 masih belum ditemui dan operasi menyelam tahap lima ini akan memfokuskan kawasan kawah menerusi kaedah pencarian imej sobnar.

“Pihak kami menjangkakan ia mungkin berada di dalam kawah misteri tersebut yang sukar untuk kita masuk kerana keadaan dalamnya yang berlumpur dan gelap,” kata Laksamana Muda Iwan Isnurwanto dalam satu sidang media khas pada Selasa yang lalu, lapor News Detik.

Kepingan kapal KRI Nanggala-402 ditemui dalam kedalaman 850 meter. Klik pada pautan di bawah untuk membacanya.

Kepingan Kapal Ditemui, KRI-Nanggala 402 Disahkan Tenggelam Pada Kedalaman 850 Meter

Hilang Lebih 72 Jam Di Lautan, Bekalan Oksigen KRI Nanggala-402 Dilaporkan Habis Hari Ini

Lagu ‘Sampai Jumpa’ Jadi Pesanan Terakhir Kru Kapal Selam KRI Nanggala 402

Sumber