Tarikh 8 March 2014 sememangnya menjadi memori yang pahit buat seluruh rakyat Malaysia. Kehilangan 239 nyawa yang terbang bersama MH370 antara yang membuatkan peristiwa ini sentiasa diingati ramai.

Enam tahun berlalu, nampaknya masih belum terdapat sebarang khabar berita yang kukuh mengenai MH370 serta mangsanya.

FW1008873_PTJ05_24012020_KLIA_TINJAUAN-mpr-1536×1029
HYPE
Ikuti Saranan KKM Untuk Lindungi Diri Anda Daripada Jangkitan COVID-19
Baca lagi →
Mh370-Air-carsh-7

Sumber: Airline Ratings

Terbaharu, sebuah lagi pencarian bakal dijalankan pada tahun ini bagi meneruskan usaha misi pencarian MH370. Laporan daripada Sydney Morning Herald mengatakan pencarian ini dibuat dengan harapan dengan menemui serpihan baharu yang boleh digunakan sebagai bahan kajian.

Sebelum ini, pihak kerajaan telah mengatur sebuah pencarian di dasar laut di beberapa lokasi dalam usaha untuk mengesan bangkai pesawat. Selain itu, difahamkan sebuah perbincangan tertutup sedang dijalankan antara keluarga terdekat penumpang MH370 bersama kerajaan Malaysia.

nabmAIRLINES060315e_2x

Sumber: NST

Sama-sama kita doakan agar misi pencarian pada kali ini bakal memberi sinar harapan baru buat keluarga mangsa serta seluruh Rakyat Malaysia.

Sekitar bulan lalu, filem Into Thin Air bakal dihasilkan berinspirasikan daripada misteri kehilangan pesawat MH370.

Into Thin Air, Kisah Berdasarkan Misteri Kehilangan MH370 Sah Bakal Difilemkan

Serpihan Yang Dijumpai Di Pulau Pemba, Tanzania Sah Milik MH370

Anda Mungkin Suka