Sistem pengurusan sampah telah menjadi perkara penting yang memberi kesan kepada kesihatan dan kesejahteraan sejagat.

Tetapi tahukah anda bahawa sistem pengurusan sampah juga diperlukan di luar planet bumi? Ini kerana serpihan roket yang ditinggalkan di orbit setelah dekad lamanya boleh memberi kesan yang bahaya kepada kapal angkasa pada masa akan datang.

Disebabkan itu, pada 2025 nanti, sebuah Agensi Angkasa Eropah (ESA) akan mengadakan misi dengan menggunakan ClearSpace-1 bagi mengumpul semua sampah yang terdapat di ruang angkasa lepas.

22052202-7775515-image-a-34_1575981523136
Daily Mail

ClearSpace-1 bakal menjadi kapal angkasa pertama yang mengembara ke ruang angkasa sambil mengumpul sampah-sampah yang telah dilakukan oleh manusia bermula dekad lalu.

ClearSpace-1 bakal menggunakan sistem permainan video Pac-Man di mana kapal ini akan bergerak ke hadapan dan menangkap segala benda yang ada di depannya. Sama seperti permainan video Pac-Man yang menggunakan fungsi yang sama.

ClearSpace bukanlah satu-satunya syarikat yang telah menjangkakan pasaran ini berkembang. Astroscale, sebuah syarikat Jepun, juga berada di landasan untuk membuat percubaan dengan melupuskan muatan sampah 20 kilogram tahun depan, menurut SpaceNews.

Syarikat-syarikat ini berharap dapat mengembangkan teknologi yang lebih canggih, seperti menangkap banyak serpihan di setiap perjalanan, dengan sokongan dari agensi-agensi lain.

Bagaimana Sampah Boleh Sampai Ke Sana?

Orbit kita sebenarnya telah menjadi ruang sampah sejak zaman penerokaan ruang angkasa dilakukan bermula pada tahun 1957 – satelit Sputnik 1 dari Soviet Union dilancarkan pada tahun tersebut.

Mengikut data yang diperoleh oleh ESA, lebih daripada 170 juta keping serpihan sampah dari kapal angkasa telah mengorbit Bumi. Selain itu, terdapat juga sampah dari satelit yang tidak lagi berfungsi.

Untuk pengetahuan anda, serpihan ini tidak hanya terapung tetapi mereka mampu untuk bergerak lebih cepat daripada peluru. Ini akan memberi kesan bahaya kepada kapal angkasa dan satelit yang terdapat di ruang angkasa.

Jika berlaku perlanggaran dengan serpihan sampah ini, ia akan memberi kesan kepada kehidupan seharian kita yang banyak bergantung kepada teknologi seperti ramalan cuaca, komunikasi dan GPS.

Berikut adalah cerita lain mengenai roket angkasa lepas yang pernah kami tulis. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Elon Musk Dedah Rupa Sebenar Kapal Angkasa SpaceX

Rekaan Rumah Ini Umpama Kapal Angkasa Dari Filem ‘Star Wars’

Dari Mencuci Kaca Mikroskop, Kini Jadi Anak Malaysia Pertama Lancar Satelit Ke Angkasa